Datin Seri Rosmah Mansor membeli barang kemas bernilai RM3.3 juta di Itali menggunakan kad kredit suaminya, Datuk Seri Najib Razak, pada 2014.
Najib, 67 tahun, memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis, pembelian itu dibuat di sebuah butik barang kemas pada Ogos 2014, sebagai hadiah kepada isteri seorang kenamaan asing.
Semasa diperiksa balas oleh Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc Datuk V Sithambaram, bekas perdana menteri itu berkata beliau yang meminta isterinya membuat pembelian itu.
Terdahulu, tertuduh memberi keterangan beliau membelanjakan amaun itu untuk membeli barang kemas.
Semasa Sithambaram bertanya kepada Najib berhubung jumlah sebenar barang kemas yang dibeli daripada butik itu, Najib menjawab: "Hanya satu barang kemas."
Sithambaram kemudian meminta Najib merujuk kepada penyata bank beliau bertarikh September 2014, yang menyenaraikan pembelian 10 barang daripada butik itu pada tarikh berkenaan.
Selepas merujuk pada penyata itu, tertuduh yang juga bekas menteri kewangan itu kemudiannya berkata, ia seperti satu set barang kemas.
"Tampak seperti satu set. Tetapi saya perlu periksa dengan isteri saya. Beliau yang membeli barang ini," katanya.
Sithambaram: Ya, hanya wanita yang tahu apa yang disukai wanita lain (sambil ketawa).
Ditanya siapa yang menyerahkan hadiah itu kepada isteri kenamaan asing itu, tertuduh berkata ia dibuat menerusi pegawai protokol dan ia merupakan amalan lazim.
Kepada soalan lain, Najib berkata beliau tidak ingat jika sumbangan berbilion ringgit yang dikatakan diterima daripada kerabat diraja Arab Saudi telah digunakan untuk usaha bantuan dalam kejadian banjir di Kelantan pada 2014.
Ahli Parlimen Pekan itu turut memberi keterangan bahawa perbelanjaan ribuan ringgit menggunakan kad kredit peribadinya adalah tidak signifikan berikutan sumbangan yang beliau terima daripada kerabat diraja Arab Saudi.
Terdahulu, Najib diasak dengan pelbagai soalan oleh Sithambaram berhubung terdapat banyak perbelanjaan membabitkan ribuan ringgit dalam penyata kad kreditnya.
BACA: Jam tangan RM466,000 hadiah hari jadi buat Rosmah daripada Najib
Pada prosiding sebelum ini, Najib berkata satu-satunya perbelanjaan peribadi yang signifikan yang dicaj pada kad kreditnya adalah pembelian jam tangan Chanel berharga RM466,330.11 untuk isterinya.
Sithambaram: Saya cadangkan kepada anda bahawa kenyataan anda bahawa jam tangan mewah itu satu-satunya perbelanjaan peribadi dibuat anda adalah tidak betul.
Najib: Saya layak, jam tangan itu penting. Perbelanjaan lain tidak signifikan.
Sithambaram: Namun, terdapat perbelanjaan lain (ribuan ringgit) termasuk penginapan di hotel di Rome, Bali dan Bangkok.
Najib: Ya, tetapi semua itu tidak signifikan.
Sithambaram: Tidak signifikan berdasarkan sumbangan Arab?
Najib: Ya.
Sithambaram: Signifikan bagi orang lain.
Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International, melibatkan tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahguna kedudukan berkaitan dana SRC.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 20 Jan.
Astro Awani
Thu Jan 09 2020
Najib diasak dengan pelbagai soalan oleh Sithambaram berhubung terdapat banyak perbelanjaan membabitkan ribuan ringgit dalam penyata kad kreditnya. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Awas! Pihak main sentimen rakyat, ancam keharmonian
Apa pendekatan yang boleh dilakukan untuk membendung tindakan pihak-pihak yang memainkan sentimen perkauman dan keagamaan yang mengancam keharmonian negara?
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Prof. Madya Dr. Mazlan Ali, Pensyarah Pusat Perdana, Fakulti Teknologi & Informatik Razak, UTM
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Tun Musa individu teguh prinsip, integriti - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam sebagai sosok yang teguh dengan prinsip dan integriti.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Trip.com raih pertumbuhan tidak dijangka bagi tempahan perjalanan
Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mengalami pertumbuhan ketara, dengan jumlah tempahan meningkat, masing-masing sebanyak 62 peratus dan 89 peratus tahun ke tahun.
MIDF Research kekal pandangan positif
Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, HPI Malaysia telah berada pada trajektori menaik sejak 2022, berikutan pembukaan semula ekonomi.
Axiata Group, Dialog dan Bharti Airtel meterai perjanjian di Sri Lanka
Urus niaga itu bagaimanapun tertakluk kepada kelulusan kalangan pemegang saham Dialog dan menunggu pemuktamadan syarat-syarat tertentu yang digariskan dalam perjanjian jualan saham itu.
Matrade anjur pameran halal di Dubai
Pameran perdagangan halal itu, yang diunjurkan mencapai RM1 bilion dalam jualan, akan menampilkan sejumlah 2,000 gerai dari 45 negara dengan 14 kluster, termasuk kluster bahan halal yang baru diperkenalkan.
Industri penerbangan Malaysia berisiko - Maybank IB
Syarikat penerbangan seperti Capital A dan AirAsia X, juga mungkin melihat pendapatan dan harga saham mereka dikurangkan kerana mereka lebih terdedah kepada kenaikan harga bahan api jet.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Arab Saudi umum Aidilfitri jatuh pada Rabu
Arab Saudi menetapkan 10 April sebagai Hari Raya Aidilfitri pada Rabu, menandakan berakhirnya bulan Ramadan bagi umat Islam.
Graduan pergigian diangkat sebagai Miss Universe Arab Saudi yang pertama
Model dan graduan pergigian, Rumy Alqahtani menjadi perwakilan sulung negara tanah arab itu di persada global.
Negara Islam, Arab puji keputusan ICJ supaya Israel buka sekatan ke Gaza
Riyadh menyokong kesemua usaha menambah pembekalan bantuan kemanusiaan dengan segera dan mengurangkan krisis kemanusiaan yang meruncing di Gaza.
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
Kame Hame Habibi! - Taman tema Dragon Ball akan dibuka di Arab Saudi
Taman ini akan dibuka di Qiddiya City dengan keluasan 500,000 meter persegi dan bakal mempunyai tujuh ruang bertemakan dunia Dragon Ball.
Kuota haji: Tunggu keputusan Arab Saudi
Kerajaan optimis kuota jemaah haji negara ini akan meningkat, susulan langkah Arab Saudi yang sedang merancang untuk meningkatkan jumlah jemaah kepada lima juta orang menjelang tahun 2030.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.
Arab Saudi pastikan keselamatan makanan terjamin sepanjang Ramadan
Perbandaran Kota Suci Makkah, Arab Saudi meningkatkan tahap kesiapsiagaan menjelang Ramadan.
Mesyuarat OIC minggu depan bincang mengenai Palestin
Sesi itu akan berlangsung di ibu pejabat di bandar Jeddah, Arab Saudi.