Perbincangan berkaitan royalti minyak antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan akan dilakukan secara kekeluargaan bagi membolehkan penyelesaian tuntas dicapai, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Beliau berkata pendekatan sebagai satu pasukan itu penting dalam memastikan pemberian royalti minyak, diperhalusi secara mendalam dan terperinci, sekali gus pelaksanaannya direalisasikan termasuk di negeri pengeluar minyak di Malaysia.
"Kita selaku satu pasukan, akan mengatasi dan menyelesaikan masalah ini secara kekeluargaan. Apa yang penting kepada kita adalah penyelesaian masalah," katanya ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Pahlawan 2018 peringkat negeri di sini, hari ini.
Katanya kerajaan negeri sedar dan tahu bahawa pemberian royalti minyak terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dan selaku ketua menteri, beliau akan terus komited menyuarakan perkara itu demi kepentingan rakyat Sabah.
Ini termasuk menubuhkan badan khas bagi memperhalusi perbincangan bersama kerajaan Persekutuan, antara lain mengenai formula pemberian royalti minyak, katanya.
"Formula ini penting kepada kita iaitu rayuan untuk menaikkan (royalti minyak) 20 peratus itu dekat pada hati rakyat Sabah serta Sarawak dan saya yakin di negeri-negeri pengeluar minyak seperti Terengganu," katanya.
Mengenai sambutan Hari Pahlawan, Mohd Shafie berkata acara tahunan itu diadakan bagi memberi penghormatan dan penghargaan kepada pejuang negara, terdiri daripada anggota pasukan keselamatan atas sumbangan serta pengorbanan mereka mempertahan kedaulatan tanahair.
Sambutan penuh istiadat kepahlawanan itu bermula dengan acara tabik hormat Diraja daripada kawalan kehormat dianggotai 40 anggota panji-panji Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Tawau, diikuti pemeriksaan kawalan kehormat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong, Panglima Angkatan Petugas 450 Mejar Jeneral Datuk Zulkapri Rahamat, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din dan menteri-menteri Kabinet negeri.
Sambutan itu diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir selain pelbagai persembahan khas termasuk tarian pahlawan dan kawad formasi serta hadirin turut bertafakur seketika bagi mengenang pahlawan negara yang terkorban.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 31 2018
Sebanyak 26 kontinjen beruniform menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan yang dihadiri oleh Tun Juhar dan Mohd Shafie hari ini. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM
AWANI Ringkas
Pasaran getah ditutup rendah bagi hari keempat berturut-turut
Pada 5 petang, harga rujukan bagi getah fizikal LGM untuk GMM 20 adalah 754 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 700.5 sen sekilogram.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Inspirasi bermakna daripada Forum Umrah & Ziarah 2024
Usaha meningkatkan kapasiti Mekah dan Madinah bagi membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan umrah kini menjadi fokus utama kerajaan Arab Saudi.
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Forum Umrah & Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah telah membincangkan banyak hal berkaitan perkhidmatan umrah dan ziarah termasuklah pengadaptasian teknologi terkini, pengurusan yang lebih cekap serta pengurusan kewangan yang lebih berdaya saing.
Ikuti laporan hari terakhir forum berkenaan bersama Hilal Azmi.
#ForumUmrahZiarah2024
#AWANI745
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan 2023 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan mencemar duli berangkat ke Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.
Hari Pahlawan: Sambutan meriah, persembahan pantomim menyentuh jiwa
Acara dimulakan dengan lagu Negaraku diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan oleh anggota ATM.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Pahlawan kepada ATM, PDRM
Seri Paduka berdua turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada para perwira ATM dan PDRM.
Empat laluan di Ipoh ditutup sempena raptai dan sambutan Hari Pahlawan
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata penutupan dan lencongan jalan secara berperingkat dilakukan mengikut keperluan semasa sepanjang sesi raptai program pada 29 dan 30 Julai.
Semat semangat juang pahlawan, cinta pada negara - PM
PM ingatkan rakyat tentang perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan barisan pahlawan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.
Hari Pahlawan: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada warga ATM, PDRM
Penghargaan turut dizahirkan kepada seluruh keluarga para pahlawan dan perwira yang telah terkorban semasa bertugas dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara.
Pemimpin perlu beri contoh pupuk semangat saling memahami, menghormati - Sultan Perak
Pertahanan negara akan menjadi rapuh jika warga yang terdiri daripada pelbagai kaum, pelbagai agama, gagal menjalinkan hubungan yang harmoni.
Lebih banyak syarikat GLC, swasta perlu sumbang kepada Tabung Pahlawan
Hanya segelintir daripada syarikat-syarikat tersebut yang menyalurkan sumbangan, menyebabkan ia hanya berjaya mengumpulkan kurang daripada RM2.5 juta setiap tahun.
Royalti minyak: Perbincangan berlangsung secara kekeluargaan
Pendekatan sebagai satu pasukan penting dalam memastikan pemberian royalti diperhalusi secara mendalam dan terperinci, sekali gus pelaksanaannya direalisasikan termasuk di negeri pengeluar minyak.
Dimamah ulat, tahan sakit, lapar tiga hari, demi negaraku - Renjer Abang Bolhi
Berpegang kepada kata-kata azimat 'Agi Idup Agi Ngelaban', pemuda yang hanya berusia 24 tahun ketika itu dan sudah mengalami kecederaan, berjaya melepaskan beberapa tembakan, membunuh tiga komunis.