Rumah ibu bapa Hannah Yeoh dirompak

Astro Awani
Mac 29, 2015 13:39 MYT
Menurut Hannah, perompak-perompak yang memakai sarung tangan dan topeng muka itu telah menggeledah seluruh isi rumah selama 15 hingga 20 minit. - Gambar Fail
Ahli Speaker Selangor Hannah Yeoh telah menghantar pesanan cemas kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter selepas kediaman ibu bapanya dirompak ‘lima lelaki bertopeng’ pada Ahad, lapor The Star Online.
“Lima lelaki bertopeng bersenjatakan parang merompak rumah ibu bapa saya di USJ. Bapa dan abang saya diikat,” kata Hannah dalam tuit tersebut yang turut membuat tag kepada akaun rasmi Khalid iaitu @KBAB51.

5 masked men with parang just robbed my parents' house in USJ. Dad and brother were tied up @KBAB51

— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) March 29, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu di akaun Facebook, Hannah yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya menyatakan bahawa rompakan itu berlaku pada pukul 10 pagi.
Menurutnya, bapa dan abangnya diikat sementara ibu, pembantu rumah, nenek saudara dan anak saudaranya telah dipaksa menutup kepala mereka dengan selimut.
Perompak-perompak yang memakai sarung tangan dan topeng muka itu telah menggeledah seluruh isi rumah selama 15 hingga 20 minit.
“Jenayah sebegini yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia. Kita mahukan Malaysia yang lebih selamat dan itu memerlukan pengurusan sumber polis secara efisien dalam memerangi jenayah,” tulis Hannah,. Dia turut bersyukur tiada seorangpun ahli keluarganya dicederakan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua memberitahu bahawa kesemua suspek berkenaan dipercayai memasuki halaman rumah yang dilengkapi kamera litar tertutup tersebut melalui pintu tepi yang tidak berkunci.
Walaupun kes tersebut masih dalam siasatan dan kerugian belum dianggarkan, polis mengesahkan kumpulan perompak itu telah melarikan wang tunai berjumlah RM8,000, barang kemas, minuman beralkohol dan lima kotak produk sarang burung.
#Dewan Undangan Negeri Subang Jaya #Facebook #Hannah Yeoh #Khalid Abu Bakar #rompak #Tan Ah Chua