Sebanyak 13 buah Rumah Negeri yang terletak di Taman Agro Pelancongan MAEPS dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang Ogos ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata kesemua rumah tersebut kini dalam peringkat pembaikan dan pengubahsuaian yang akan digunakan bagi tujuan mempromosi aktiviti, produk dan keluaran negeri masing-masing, kepada pengunjung yang datang ke taman itu.
"Kita mencadangkan kepada wakil kerajaan negeri untuk membuka rumah-rumah ini sekurang-kurangnya tiga hari seminggu iaitu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taman Agro Pelancongan MAEPS di sini hari ini.
Ismail Sabri turut menyarankan setiap rumah negeri untuk mempamerkan keunikan dan produk agro negeri masing-masing serta kebudayaan mereka untuk menarik kehadiran pengunjung ke tempat mereka.
"Persembahan seni dan masakan negeri yang dipamerkan di pavilion negeri-negeri tersebut juga secara tidak langsung akan mempromosi produk-produk dari negeri mereka," katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berharap satu jalinan kerjasama melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara kementeriannya, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dapat diwujudkan dalam menjadikan Taman Agro Pelancongan MAEPS sebagai destinasi agro pelancongan negara.
Katanya ini secara langsung akan mempertingkat dan memperluaskan peranan Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) yang sebelum ini hanya dibuka sekali dalam masa dua tahun iaitu pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan AgroPelancongan Antarabangsa (MAHA).
Bernama
Tue Jun 02 2015
ISMAIL SABRI: Rumah negeri di MAEPS bakal beroperasi sepenuhnya Ogos - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
TH kekurangan RM4 bilion wang pendeposit berbanding aset - Laporan
Tabung Haji kekurangan RM4 bilion wang pendeposit berbanding asetnya sejak tahun 2017, menurut laporan Sunday Times.
Penjawat awam perlu jadi benteng pertahan Kerajaan - Ismail Sabri
Penjawat awam digesa memainkan peranan sebagai benteng mempertahankan kerajaan daripada cubaan pihak tertentu yang melemparkan fitnah termasuk di laman media sosial.
Rumah negeri di MAEPS bakal beroperasi sepenuhnya Ogos - Ismail Sabri
Sebanyak 13 buah Rumah Negeri yang terletak di Taman Agro Pelancongan MAEPS dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang Ogos ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri.
Isu Daily Express: Pembangkang tiada modal, ulang cerita sudah selesai - Ismail Sabri
Beberapa portal pro-pembangkang dilihat sengaja mencari isu murahan dengan berkongsi keratan berita yang di salah tafsir daripada kenyataan Ismail Sabri.
Isu padam status FB: Kenapa awak "bodoh", Kit Siang? - Ismail Sabri
Kit Siang disifatkan "bodoh" apabila membuat tuduhan melulu dan menuduh Ismail Sabri Yaakob memadam status Facebook yang menggesa peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan diboikot.
Bangkitlah pengguna, sampai bila mahu terus 'dirogol' orang tengah - Azwan Bro
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mahu pengguna bangkit dan menunjukkan kuasa pembeli kepada orang tengah dan pemborong yang masih degil menurunkan harga barangan.
Apa masalah MCA suruh Ismail Sabri letak jawatan? - MPM
MPM terkilan dengan bidasan Presiden dan Ketua Pemuda MCA yang sepakat dengan Ketua Pemuda DAP agar Ismail Sabri disingkir dari jawatannya.
Isu Epal: 'Rakyat' media sosial saling menasihati di Twitter
Pengguna Twitter dilihat saling nasihat menasihati sesama mereka untuk lebih berhati-hati sebelum membeli epal dan mengelak daripada memilih epal jenis Gala dan Granny Smith.
PIALA MALAYSIA 2014: JPJ tunggu pesalah kenderaan penyokong JDT dan Pahang
JPJ beri amaran penyokong kedua-dua pasukan ikut peraturan kerana operasi besar-besaran jabatan itu bermula hari ini.
Hayati pengajaran peristiwa pengorbanan nabi dan rasul - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin berkata umat Islam di negara ini perlu menghayati sambutan Aidiladha atau Hari Raya Korban yang disambut esok, dengan sentiasa patuh dan taat terhadap perintah Allah SWT.