MELAKA:Produk pelancongan baharu, 'Rumah Seram Melaka' yang dijadual siap sepenuhnya Mei ini, dijangka mampu menarik kehadiran kira-kira 300,000 pengunjung setiap tahun, sekali gus meningkatkan hasil pendapatan negeri.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, projek membabitkan pelaburan kira-kira RM21 juta yang dibangunkan di pekarangan Menara Taming Sari itu, bakal menyajikan pengunjung dengan pelbagai genre seram, misteri dan peristiwa hitam, berdasarkan cerita masyarakat yang pernah berlaku di Melaka.
"Tema seram dipilih sebagai produk pelancongan baharu di Melaka, kerana kita mahu mempelbagaikan tempat beriadah untuk pelancong ke negeri ini, sebelum ini antara produk yang kita sudah ada ialah zoo dan 'Dinosaur World', tetapi belum ada produk bertemakan seram.
"Justeru, bagi pengunjung yang sukakan kelainan seperti sesuatu yang menguji keberanian, mereka boleh pilih Rumah Seram Melaka sebagai destinasi pelancongan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Produk Pelancongan Baharu antara Melaka Taming Sari Berhad dan Syarikat RBA Risk Advisors Sdn Bhd, di Kompleks Seri Negeri di sini pada Isnin.
Menurut Sulaiman meskipun produk tersebut berkonsepkan rumah hantu, namun pengunjung boleh menimba ilmu pengetahuan melalui pengisian cerita-cerita sejarah, seperti legenda Hang Tuah Lima Bersaudara dan Hikayat Puteri Hang Li Po dalam bentuk yang lebih interaktif.
Pada majlis itu, Melaka Taming Sari diwakili dua ahli lembaga pengarahnya Abdullah Ali dan Mohd Salleh Jusman, manakala RBA Risk Advisors Sdn Bhd diwakili Zamberi Abdullah dan Tee Lai Aun, juga selaku ahli lembaga pengarah.
Turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka Datuk Muhammad Jailani Khamis, yang juga Pengerusi Melaka Taming Sari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021
Menurut Sulaiman, produk pelancongan baharu itu bakal menyajikan pengunjung dengan pelbagai genre seram, misteri dan peristiwa hitam, berdasarkan cerita masyarakat yang pernah berlaku di Melaka. - Foto Facebook / Sulaiman Md Ali
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Rumah Seram Melaka bakal tarik 300,000 pelancong
Tema seram dipilih sebagai produk pelancongan baharu di Melaka, kerana kita mahu mempelbagaikan tempat beriadah untuk pelancong.