KINABATANGAN: Seorang kanak-kanak lelaki rentung sementara lima lagi melecur dalam satu kebakaran di Kampung Perpaduan, dekat sini, tengah malam tadi.
Mangsa yang rentung dikenali sebagai Mohd Adlinsyah Mohd Adsni, 6 tahun, manakala lima lagi mangsa adalah ibu bapa dan adik-beradiknya, berusia antara tiga tahun dan 43 tahun.
Sementara itu, dua lagi penghuni berjaya menyelamatkan diri.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.40 tengah malam mengenai kebakaran melibatkan rumah yang didiami lapan sekeluarga itu.
Susulan itu, enam anggota dihantar ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, operasi memadamkan api sepenuhnya segera dijalankan.
"Sebaik api berjaya dikawal pada jam 2.04 pagi, pemeriksaan menemui seorang kanak-kanak rentung di bilik.
"Lima lagi mangsa melecur lima hingga 70 peratus di badan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Nurul Azlan Shah, semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Kinabatangan.
Mayat mangsa yang rentung diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
"Rumah berkenaan hangus sepenuhnya dan sebuah motosikal turut musnah.
"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.56 pagi. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Radhi Muslim
Mon Aug 15 2022
Sebaik api berjaya dikawal pada jam 2.04 pagi, pemeriksaan bomba menemui seorang kanak-kanak rentung di bilik. - Foto JBPM Sabah
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Api marak dengan cepat punca kanak-kanak perempuan rentung terperangkap
Kanak-kanak perempuan yang rentung dalam kebakaran rumahnya di Kampung Pisang, Jalan Paya Terubong dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri kerana faktor api yang marak.
Rumah terbakar: Kanak-kanak rentung, lima ahli keluarga melecur
Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, mangsa rentung dikenali sebagai Mohd Adlinsyah Mohd Adsni, 6 tahun.
Kanak-kanak OKU rentung dalam kebakaran di Saratok
Seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanjung Hulu, Jalan Abang Hj Puteh Alias, Saratok malam ini.
Kanak-kanak perempuan ditemukan rentung dalam kebakaran Lahad Datu
Kebakaran Nur Alisha Putri Abdullah, 2, yang ditemukan rentung selepas dipercayai tidak dapat diselamatkan akibat api yang marak.
Kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran dua rumah di Lahad Datu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun rentung dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Labian, Sungai Bilis, Lahad Datu, pada Ahad.
Kanak-kanak 4 tahun rentung dalam kebakaran, ditemui di bilik air
Seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Melisau, Tanghilan dekat Kota Kinabalu ini.