KUALA LUMPUR: Dua wanita maut, manakala tiga lagi termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan itu dihempap runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata semua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan sudah berjaya dikeluarkan malam ini.

"Dua wanita maut, dua lagi wanita terselamat dan seorang pemandu van iaitu lelaki turut terselamat," katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan, dalam kejadian sekitar jam 5.58 petang itu, lima mangsa yang menaiki sebuah van kilang dipercayai terperangkap dalam runtuhan berhampiran Desa Tun Razak.

Lima mangsa dipercayai terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Insiden itu telah menyebabkan kesesakan teruk di MRR2 dikedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

BACA: Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE

BACA: Konkrit hempap kereta: Kontraktor utama, subkontraktor SUKE dikenakan penalti RM180,000


Runtuh | Lima dipercayai terperangkap dalam runtuhan struktur sokongan binaan SUKE

Pihak bomba dalam satu kenyataan sebelum ini, memaklumkan menerima panggilan sekitar jam 5.58 petang sebelum mengerahkan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi serta BBP Jalan Hang Tuah, Bandar Tun Razak dan Cheras ke lokasi kejadian.

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd (PROLINTAS), pemaju bagi projek pembinaan SUKE dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa terdapat satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori treler yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang tadi.

Bagaimanapun lori treler tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan SUKE.