Pihak pembangkang bersetuju memberi sokongan secara bersyarat kepada Rang Undang-Undang (RUU) yang dinamakan Akta Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus (COVID19) 2020) jika suntikan dana digandakan daripada RM45 bilion kepada RM90 bilion.
Ketika membahaskan RUU tersebut, Lim Guan Eng (PH-Bagan) menyifatkan peruntukan sebanyak RM45 bilion itu tidak mencukupi untuk memulihkan semula ekonomi negara dalam keadaan sekarang.
"Walaupun kita bimbang hutang negara akan bertambah, namun lebih penting untuk selamatkan perniagaan dan pekerjaan berbanding kebimbangan mengenai hutang negara.
"Itu kita boleh terima tetapi dengan syarat ianya disalurkan kepada rakyat dan bukannya untuk individu dan syarikat syarikat gergasi serta kroni tertentu sahaja.
"Kerajaan juga perlu pastikan tender terbuka supaya tidak berlaku ketirisan. Itu amat penting supaya impak peruntukan ini dirasai oleh semua rakyat dan bukan orang tertentu," katanya.
RUU itu telah dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini untuk bacaan kali kedua bagi memohon perbekalan tambahan sebanyak RM45 bilion.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata RUU itu bagi membolehkan kerajaan menaikkan had statutori jumlah amaun wang yang boleh diperdapat di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 sehingga 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Mengulas kenaikan hutang sehinga 60 peratus, Lim berkata dengan menggandakan peruntukan RM45 bilion itu akan turut membantu perkembangan ekonomi dan yakin hutang negara tidak akan melebihi tahap 60 peratus itu.
Jelas beliau, peruntukan RM45 bilion itu menjadikan defisit fiskal dijangkakan dalam lingkungan 5.8-6.0 peratus dan penambahan RM45 bilion akan menjadikannya pada 9.0 peratus.
"Malaysia mampu bertahan kerana defisit fiskal paling teruk dalam sejarah negara adalah pada 1981 manakala 1982 menyaksikan 15.1 peratus hingga 16.2 peratus.
"Jadi 9.0 peratus bukanlah sesuatu yang amat membimbangkan dan yakin ianya akan mendapat perhatian syarikat dana asing. Tetapi yang penting adalah meyelamatkan pekerjaan dan perniagaan rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 18 2020
Guang Eng berkata peruntukan RM45 bilion itu menjadikan defisit fiskal dijangkakan dalam lingkungan 5.8-6.0 peratus dan penambahan RM45 bilion akan menjadikannya pada 9.0 peratus.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.