Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit COVID-19) 2020 diluluskan di peringkat dasar selepas dibahaskan di Parlimen hari ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pakej rangsangan ekonomi negara yang dilaksanakan kerajaan adalah daripada pinjaman domestik kerana negara mempunyai tahap kecairan kewangan yang mencukupi sekitar RM146 billion, sekali gus merendahkan risiko pertukaran mata wang asing.
“Buat masa ini, kerajaan akan menggunakan instrumen pembiayaan dalam negeri kerana ia dapat mengurangkan pendedahan risiko tukaran asing serta risiko pembiayaan semula,” katanya semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) - Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (COVID-19) 2020, di Dewan Rakyat, hari ini.
Tengku Zafrul berkata, sebarang penerbitan bon atau sukuk antarabangsa perlu mempunyai objektif yang strategik terutamanya dalam membangunkan pasaran sukuk global serta mewujudkan tanda aras baharu sebagai ukuran dan rujukan untuk penerbitan sekuriti sektor swasta buat pelabur antarabangsa.
“Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengumumkan penurunan nisbah Keperluan Rizab Berkanun sebanyak 100 mata asas kepada dua peratus pada Mac 2020 serta fleksibiliti SRR tambahan yang diberikan kepada Peniaga Utama dengan mengiktiraf MGS dan MGII sebagai sebahagian daripada pematuhan SRR.
“Langkah ini telah menambah mudah tunai bernilai kira-kira RM30 bilion ke dalam sistem perbankan dan ia merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BNM dalam memastikan mudah tunai adalah mencukupi untuk menyokong aktiviti pengantaraan kewangan,” katanya.
Beliau juga berkata BNM juga telah menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 125 mata asas daripada 3.00 peratus kepada 1.75 peratus, iaitu paras terendah sejak 2004.
Penurunan berturutan OPR itu, katanya, bertujuan terutamanya untuk menambah baik kegiatan ekonomi serta memberikan rangsangan dasar tambahan untuk mempercepat kadar pemulihan ekonomi.
Mengenai perbandingan bantuan rangsangan antara Malaysia dan negara lain, Tengku Zafrul berkata ia adalah melebihi 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), bukan tiga peratus seperti yang dikatakan.
“Rangsangan negara-negara lain tersebut turut mengambil kira sumbangan ekosistem keseluruhan. Ini termasuk jaminan kerajaan, sumber institusi perbankan, dan insentif cukai masing-masing.
“Oleh itu, perbandingan tadi kurang tepat dan dengan izin, not an apple-to-apple comparison (bukan perbandingan yang boleh dibandingkan) dan telah menyebabkan kekeliruan,” katanya,
pBeliau juga memperjelaskan bahawa pembentangan RUU itu hanya melibatkan suntikan langsung fiskal RM45 bilion kerana ia adalah sejumlah wang yang akan dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Disatukan.
Daripada jumlah RM45 bilion wang tambahan daripada pakej rangsangan itu sebanyak RM30.608 bilion telah disalurkan dan program subisidi upah mengambil pecahan yang terbesar.
“Bagaimanapun, kita harus ingat bahawa keseluruhan rangsangan yang diperkenalkan kerajaan adalah RM295 bilion, atau hampir 20 peratus daripada KDNK.
“Daripada jumlah ini juga, RM145 bilion merupakan suntikan daripada pelbagai sumber seperti pembiayaan inisiatif Bank Negara, GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dan agensi kerajaan,” katanya.
Tengku Zafrul juga berkata sekiranya ada keperluan untuk suntikan fiskal tambahan, kerajaan bersedia untuk menambah jumlah rangsangan.
Mengenai moratorium, beliau berkata kebanyakan bank telah mula menerima permohonan moratorium lanjutan dan bantuan bank bersasar mulai 7 Ogos lepas.
“Pada masa yang mencabar ini, kemampuan bank untuk menyediakan penampan yang secukupnya amatlah penting bagi membolehkan mereka menyerap kemungkinan pinjaman terjejas atau non-performing loans (pinjaman tidak berbayar) yang lebih tinggi.
“Oleh yang demikian, bantuan bersasar ini memastikan usaha terus tertumpu demi manfaat peminjam yang betul-betul terjejas. Ini juga bagi memastikan bank terus berupaya memberi pinjaman kepada isi rumah dan perniagaan untuk menyokong pemulihan ekonomi,” katanya.
Sebanyak 43,560 permohonan diterima daripada peminjam individu dan 22,266 daripadanya telah mendapat kelulusan.
Bagi baki kira-kira 21,294 permohonan, pihak bank sedang menunggu pengesahan daripada peminjam mengenai bantuan yang ditawarkan, katanya.
Mengenai pelanggan PKS termasuk usahawan mikro, beliau berkata, sebanyak 3,325 permohonan diterima dan 2,465 daripadanya telah mendapat kelulusan.
Bernama
Mon Aug 24 2020
Tengku Zafrul berkata, sebarang penerbitan bon atau sukuk antarabangsa perlu mempunyai objektif yang strategik. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
BNM masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung premium insurans perubatan - PM Anwar
Bank Negara Malaysia masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan.
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) serta Syiling Peringatan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U.).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM
Aset rizab rasmi berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
BNM arah ITO semak kenaikan caj premium perubatan agar harga lebih wajar
Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) diarah untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.