Satu Rang Undang-Undang Sumber Air baharu bagi memastikan pengurusan bekalan air berkesan akan dibentangkan di Parlimen tahun depan.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, memaklumkan penggubalan rang undang-undang itu turut mengambil kira pandangan kerajaan negeri dan pihak berkepentingan.
Antara garis panduan yang termaktub dalam penggubalan Rang Undang-Undang itu termasuk jaminan sumber air, keberkesanan sumber air dan urus tadbir bersama kerajaan pusat dengan negeri.
Ia penting bagi semua pihak berkaitan mematuhi kehendak yang digariskan dasar air negara.
"Jadi saya berharap pada suku pertama tahun 2017, kita boleh bawa undang-undang ini ke Parlimen. Jadi undang-undang ini memberikan satu garis panduan bagaimana kita mengurus air di negeri masing-masing," katanya di sini.
Selain itu, garis panduan ini juga akan diguna pakai oleh sektor pertanian dan sektor industri di negara ini.
Terdahulu, ketika berucap di Forum dan Ekspo Sumber Air Asia 2016, Wan Junaidi berkata forum ini akan menjadi platform perbincangan bagi memastikan kelestarian sektor air.
Perbincangan itu membabitkan pelbagai agensi kerajaan dan industri swasta bagi mendapat maklum balas bagi merangka Rang Undang Undang Sumber Air baharu.
Anthea Yap
Wed Apr 06 2016
WAN JUNAIDI: Penggubalan rang undang-undang itu turut mengambil kira pandangan kerajaan negeri dan pihak berkepentingan. -Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
RUU pengurusan bekalan air dibentang di Parlimen tahun depan - Wan Junaidi
Antara garis panduan yang termaktub dalam penggubalan Rang Undang-Undang itu termasuk jaminan sumber air, keberkesanan sumber air dan urus tadbir bersama kerajaan pusat dengan negeri.