RUU Perbekalan 2021 lulus di Dewan Rakyat

Hasimi Muhamad
Disember 15, 2020 08:17 MYT
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 melalui undi suara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.
Ia berlaku selepas dua percubaan pihak pembangkang untuk memanggil undian belah bahagian diperingkat akhir jawatankuasa dan bacaan ketiga, gagal.
Menerusi kedua-dua undi belah bahagian itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan seramai 111 wakil rakyat menyokong, 108 tidak menyokong, sementara seorang tidak hadir.
Terdahulu, RUU Perbekalan 2020 dibentangkan untuk bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan disokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Bersatu-Gombak).
Ia selepas dua minit loceng pertama dibunyikan bagi membolehkan ruang masa diberikan kepada Ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan.
#Dewan Rakyat #Azhar Azizan Harun #Dewan Negara #Parlimen #undang-undang #RUU perbekalan #Belanjawan 2021 #Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz #Mohamed Azmin Ali