Sabah gerakkan pasukan khas jalankan ujian pengesanan COVID-19

Bernama
April 9, 2020 04:31 MYT
Dr Christina berkata terdapat tujuh kes baharu dilaporkan di Sabah. - Foto JKN Sabah
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah menggerakkan satu pasukan khas untuk menjalankan ujian sampel pengesanan COVID-19 di negeri ini, bermula semalam.
Pengarahnya, Datuk Dr Christina Rundi, berkata pasukan khas itu memulakan proses berkenaan di Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu.
"Ini hanya dapat dilaksanakan setelah menerima semua kelengkapan makmal yang diperlukan," katanya dalam kenyataan, di sini.
Mengulas perkembangan COVID-19 di Sabah, Dr Christina, berkata terdapat tujuh kes baharu dilaporkan semalam, iaitu tiga kes di Keningau; Tambunan (dua); dan masing-masing satu kes di Kota Kinabalu dan Papar.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sabah adalah 248 kes setakat semalam, katanya.
-- BERNAMA
#COVID-19 #Datuk Dr Christina Rundi #Jabatan Kesihatan Negeri Sabah #Keningau #makmal kesihatan awam #Sabah