KOTA KINABALU:Kerajaan negeri Sabah hari ini mencadangkan satu rang undang-undang (RUU) digubal bertujuan mewujudkan peruntukan dan langkah bersesuaian sepanjang tempoh COVID-19.
RUU Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus COVID-19 2020 itu telah digubal sebagai komitmen Kerajaan Negeri untuk meminimumkan impak penularan wabak COVID-19 yang telah memberi kesan langsung kepada ekonomi, sosial dan industri di Sabah.
Dalam pembentangan yang disampaikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun itu turut menjelaskan tentang langkah pengubahsuaian peruntukan di bawah Enakmen dan Ordinan tertentu.
"Kerajaan Negeri yakin bahawa kesan pasca COVID-19 kepada rakyat Sabah dalam pelbagai aspek kehidupan dapat ditangani dengan berkesan dan efisien.
"Secara umumnya, RUU ini mengandungi peruntukan mengubah suai peruntukan di bawah Enakmen dan Ordinan tertentu yang membatasi usaha-usaha memulihkan ekonomi serta membantu rakyat semasa pasca COVID-19.
"RUU ini memberikan suatu pelepasan sementara (temporary relief) daripada tanggungjawab atau pematuhan kepada perundangan tertentu bagi satu tempoh yang ditetapkan, demi kelangsungan hidup rakyat," katanya dalam pembentangan di Dewan Undangan Negeri Sabah pada Rabu.
Tambahnya, RUU tersebut tidak mempunyai peruntukan berkaitan hukuman atau penalti sekiranya terdapat ketidakpatuhan terhadap peruntukan dalam RUU itu.
Ia katanya adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri supaya RUU ini tidak bersifat menghukum ataupun punitif yang membebankan mana-mana pihak.
"Ini adalah kerana COVID-19 tidak mendiskriminasi.
"COVID-19 ini tidak mengenal antara yang kaya atau yang miskin, majikan atau pekerja, peniaga atau pembeli yang berada di bandar mahupun yang berada di desa.
"Kesan COVID-19 dirasai oleh semua pihak apabila satu pihak terkesan bermakna seluruh rantaian ekonomi akan turut terkesan," jelasnya.
Cadangan RUU ini mempunyai tujuh bahagian dan 25 seksyen dan tempoh kuat kuasa cadangan RUU adalah selama dua tahun dari tarikh ia disiarkan melalui warta.
Antara yang dicadangkan adalah tentang pengecualian terhadap caj pembayaran lewat ansuran atas kegagalan pembeli untuk membayar apa-apa ansuran, pengiraan caj pembayaran lewat penyerahan milikan kosong (vacant possession) dan tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) di bawah Enakmen Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1978 bagi tempoh dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020.
Selain itu, ia turut memperuntukkan berkenaan pelanjutan bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan untuk menerima pemfailan tuntutan oleh pembeli rumah disamping memperuntukkan kuasa kepada Menteri untuk melanjutkan tempoh pengecualian sehingga 31 Mac 2021.
"RUU ini turut melibatkan kajian yang komprehensif dan rujukan terhadap model undang-undang Kerajaan Persekutuan dan juga beberapa buah negara lain seperti United Kingdom dan Singapura.
"Hasilnya, RUU ini digubal sebagai suatu undang-undang dengan mengambil kira situasi semasa dalam negeri Sabah dan demi menjaga kepentingan pelbagai pihak," katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Wed Dec 23 2020
MASIDI: RUU ini turut melibatkan kajian yang komprehensif dan rujukan terhadap model undang-undang Kerajaan Persekutuan dan juga beberapa buah negara lain seperti United Kingdom dan Singapura. - Gambar fail
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Lapan rang undang-undang diluluskan Dewan Rakyat minggu ini
RUU itu diluluskan pada Selasa setelah melalui 12 hari tempoh perbahasan dan penggulungan peringkat jawatankuasa bermula 13 Nov lepas.
Kesuma akan bawa kerangka RUU baharu berkaitan gig Disember ini
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kerangka itu disediakan bagi pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2025.
RUU berkaitan buli siber dibentang di Parlimen tahun ini - Fahmi
Fahmi berkata, satu Rang Undang-Undang (RUU) pindaan berkaitan isu berkenaan juga akan dibawa ke Parlimen dalam sidang pada kali ini.
Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Keselamatan Siber 2024
RUU itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Digital Gobind Singh Deo.
RUU Perlembagaan Pindaan, Keselamatan Siber dibentang kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2024, dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
Biden tandatangan RUU perbelanjaan, elak penutupan kerajaan
Ini selepas Dewan Perwakilan AS meluluskan RUU itu pada Jumaat manakala Senat awal pagi Sabtu, kira-kira dua jam selepas tarikh akhir penutupan.
DAP setuju cadangan RUU penggal tetap Parlimen
Anthony Loke berkata, ia kerana saranan tersebut adalah baik untuk mengurangkan masalah atau isu politik yang timbul dalam tempoh satu penggal Parlimen.
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Asing dibentang di Dewan Rakyat
RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.
KKM beri jaminan RUU berkaitan produk rokok dibentang pada sesi Parlimen kali ini - Dr Zaliha
Rang undang-undang itu penting untuk dibentangkan segera bagi memastikan wujud kawal selia yang komprehensif kepada produk merokok.
Denmark bahas RUU larang pembakaran al-Quran
Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.