Sabah, Sarawak lebih kaya berbanding negeri-negeri lain - Tun M

Bernama
September 17, 2019 11:01 MYT
Dr Mahathir di majlis majlis makan tengah hari bersama kepimpinan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) Sabah. - Gambar Astro AWANI
Sabah dan Sarawak perlu bangkit bersama dengan lain-lain negeri bagi memastikan tiada jurang besar perbezaan atau ketidaksamaan antara setiap negeri, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, Sabah dan Sarawak sebenarnya lebih kaya berbanding lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia dan menegaskan bahawa negeri-negeri di Borneo itu memiliki tanah yang luas.
"Kita perlu kaji semula dasar kita berhubung dengan pertanian.. pertanian moden yang boleh memastikan penduduk di luar bandar juga boleh menjadi kaya. Ia berkaitan dengan tanah, Sabah dan Sarawak mempunyai tanah," katanya dan menambah tanah-tanah itu boleh dibangunkan dengan teknologi baharu.
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis majlis makan tengah hari bersama kepimpinan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) di sini. - BERNAMA
#Bersatu Sabah #Mahathir Mohamad #negeri lebih kaya #Perdana Menteri #Sabah #Sarawak