Kerajaan negeri bersetuju untuk mengemukakan kepada kerajaan pusat satu syor meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menyusun semula senarai negeri di Malaysia bagi mencerminkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang membentuk Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Beliau berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan untuk kebaikan dan manfaat rakyat serta negeri ini.
"Apa sahaja cadangan yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat dan negeri, kita (kerajaan negeri) akan terima.
"Apa yang disyorkan oleh Yang Berhormat itu (ADUN Usukan), kalau kita minta, ia (syor) akan dimajukan kepada jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pemandu berkaitan dan seterusnya kepada kerajaan pusat dan Perdana Menteri," katanya.
Musa berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (BN-Usukan) yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.
Salleh berkata, penyusunan itu akan mencerminkan dengan jelas status negeri Sabah dan Sarawak iaitu Kategori A untuk negeri-negeri di Sememanjung dan Kategori B untuk Sabah dan Sarawak.
Katanya Sabah dan Sarawak merupakan rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia dan bukan sekadar salah sebuah negeri di dalam negara.
"Ini adalah untuk menentukan keadaan bahawa ia selari dengan asas penubuhan negara Malaysia," katanya.
Terdahulu, Musa berkata kerajaan negeri menyokong pembentukan jawatankuasa di peringkat persekutuan iaitu Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu bagi mengkaji hak Sabah secara keseluruhan di bawah Perlembagaan Persekutuan Hak Hasil Sabah, Akta Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963.
Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan susulan mesyuarat pertama mengenai pelaksanaan penurunan kuasa kepada Sabah dan Sarawak yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jun lepas yang dipengerusikan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Musa berkata kerajaan negeri berpendapat bahawa apa juga semakan terhadap hak negeri di bawah perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan harus dilakukan berdasarkan kerajaan kepada kerajaan.
"Di samping itu, peranan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang, khususnya untuk mengkaji geran khas sejajar dengan Bahagian Empat Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan telah diperluas secara keseluruhan untuk mewakili kerajaan negeri dan seterusnya melaporkan kepada kabinet negeri Sabah," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 21 2016
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersama Timbalannya, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (kiri) meneliti sesuatu isu yang akan dibentangkan sebelum bermula Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di Bangunan DUN hari ini. - Foto Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Ketua Menteri, Ahli Parlimen Sabah bincang pindaan perlembagaan kewarganegaraan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat pramajlis bersama beberapa Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan Rang Undang-Undang membabitkan kewarganegaraan.
Kerjasama Malaysia, Brunei saling menguntungkan kedua-dua negara - Hajiji
Hajiji berkata rundingan itu juga membolehkan kedua-dua negara meneruskan dan mengukuhkan kerjasama meluas, juga memberi manfaat besar untuk hubungan antara Sabah dan Brunei.
Hampir 1 juta pelancong lawat Sabah dalam lima bulan pertama 2023
Angka berkenaan jelas membuktikan sektor pelancongan di Sabah terus menunjukkan pertumbuhan kukuh untuk tahun ini dan masa-masa akan datang.
Isu air: PM Anwar jumpa MB Kelantan, KM Sabah minggu depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan bersama Kementerian Sumber Asli dan Menteri Besar Kelantan bagi membincangkan isu permasalahan air pada minggu depan.
Tahun Baharu Cina bawa semangat keamanan, harmoni dan muhibah di Sabah - Hajiji
Hajiji dalam perutusannya menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Tionghua di Sabah.
Wujudkan Kerajaan Perpaduan di Sabah, senario terbaik selesaikan kemelut - Syahruddin
Langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri Sabah ketika ini adalah dengan mewujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan.
Bung beri penjelasan isu pergolakan politik Sabah
Beliau turut memberi gambaran bahawa akan ada pengakhiran apa yang berlaku itu.
Politik Sabah: Kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri terus jadi tumpuan
Pemimpin parti-parti politik masing-masing menyuarakan pandangan berbeza mengenai kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.
Politik Sabah: Hajiji hilang kelayakan, perlu ikut undang-undang, letak jawatan - Warisan
Shafie berkata, Hajiji hilang kelayakan sebagai Ketua Menteri apabila beliau bersama ADUN dan pemimpin bertindak keluar daripada Bersatu.
Hajiji masih dapat sokongan majoriti ADUN Sabah - Masidi
Masidi mendakwa sokongan terhadap Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri Sabah turut diberikan oleh tujuh Adun Pakatan Harapan (PH).