KUALA LUMPUR:Saham Kuala Lumpur mengakhiri minggu ini dengan ditutup rendah berikutan jualan yang berterusan dalam saham penjagaan kesihatan, permodalan kecil dan sederhana, manakala pelabur institusi muncul untuk menyokong saham berkaitan indeks.
Pada penutup, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.16 mata kepada 1,494.64 daripada 1,498.80 semasa ditutup semalam.
Indeks dibuka kepada 1,499.76 dan berada antara 1,489.83 dan 1,502.67 sepanjang hari.
Berdasarkan aliran keluar pasaran daripada saham permodalan kecil dan sederhana, papan skor menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 894 berbanding 311, manakala 352 kaunter tidak berubah, 610 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Jumlah dagangan naik kepada 6.92 bilion unit bernilai RM4.1 bilion daripada 6.73 bilion unit bernilai RM4.6 bilion dicatatkan pada Khamis.
Seorang penganalisis berkata pasaran merosot hari ini berikutan ketidaktentuan mengenai perkembangan ekonomi dan politik di negara ini dengan pelabur runcit keluar dari pasaran.
Dan ini ketika negara terus mencatatkan kes baharu COVID-19 tiga angka pada setiap hari, katanya.
Dalam kalangan indeks utama, FBMSCAP susut 2.16 peratus atau 357.42 kepada 16,180.13 dan FBMMCAP merosot 2.56 peratus atau 353.45 kepada 13,413.66.
Bagi indeks sektor, indeks tenaga berkurangan 2.02 peratus atau 13.99 mata kepada 676.63 manakala indeks penjagaan kesihatan susut 2.18 peratus atau 89.88 mata kepada 4,021.86.
"Peserta pasaran menunggu hasil pertemuan antara Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah," katanya.
Muhyiddin terdahulu mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa.
Daripada 30 kaunter berkaitan indeks, tiga kaunter penjagaan kesihatan, iaitu Hartalega, Top Glove dan IHH, masing-masing susut 48 sen, 20 sen dan sembilan sen kepada RM17.32, RM8.70 dan RM5.10.
Selain saham ini, 14 saham lain dicatatkan rendah, satu ditutup tidak berubah dan kaunter selebihnya lebih tinggi, diterajui oleh Genting, RHB dan Hap Seng, masing-masing naik dua sen, tiga sen dan enam sen kepada RM3.02, RM4.30 dan RM7.25.
Mendahului kaunter paling rugi ialah Nestle yang merosot RM3.20 kepada RM141.30, Petronas Dagangan susut 58 sen kepada RM17.54 dan Hartalega turun 48 sen kepada RM17.32.
Bagi saham cergas, Mlabs berkurangan setengah sen kepada dua sen manakala AT Systematization dan Lambo, masing-masing tidak berubah pada lapan sen dan tiga sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 58.88 mata kepada 10,827.23, Indeks FBMT 100 susut 45.89 mata kepada 10,631.63 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 123.77 mata kepada 12,954.11.
FBM 70 merosot 124.80 mata kepada 14,258.34 dan FBM ACE susut 344.43 mata kepada 10,606.77.
Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 55.11 mata kepada 12,359.16, bagaimanapun Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.45 mata kepada 136, Indeks Perladangan turun 65.45 mata kepada 6,855.00 dan Indeks Penjagaan Kesihatan merosot 89.88 mata kepada 4,021.86.
Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 3.61 bilion saham bernilai RM3.05 bilion daripada 3.3 bilion saham bernilai RM3.72 bilion dicatatkan semalam.
Jumlah dagangan waran merosot kepada 758.45 juta unit bernilai RM166.41 juta daripada 887.73 juta unit bernilai RM212.98 juta.
Jumlah dagangan dalam Pasaran ACE naik kepada 2.54 bilion saham bernilai RM876.96 juta daripada 2.53 bilion saham bernilai RM667.19 juta.
Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 630.87 juta saham diniagakan dalam Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.01 bilion), pembinaan (212.88 juta), teknologi (565.01 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (38.40 juta), hartanah (358.49 juta), perladangan (52.46 juta), REIT (7.65 juta), dana tertutup (6,800), tenaga (325.13 juta), penjagaan kesihatan (86.89 juta), telekomunikasi dan media (61.16 juta), pengangkutan dan logistik (96.91 juta) dan utiliti (168.25 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 23 2020
Penganalisis berkata pasaran merosot berikutan ketidaktentuan mengenai perkembangan ekonomi dan politik di negara ini. -Gambar fail
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
KWSP tidak lagi jadi pemegang saham utama Affin Bank, buka laluan kepada Sarawak
Pelupusan saham Affin Bank oleh KWSP berlaku pada 12 April, namun tidak dinyatakan nilai urus niaga itu.
Suami didakwa curi dengar perbualan isteri, ambil kesempatan beli saham untung juta
Loudon didakwa ambil kesempatan beli saham hasil dari maklumat sulit yang dicuri dengar dan memperoleh AS$1.76 juta dalam keuntungan haram.
Turun naik harga saham tidak cerminkan prestasi sebenar syarikat - Jentayu Sustainables
Pengendali loji tenaga itu menyaksikan penurunan harga saham sejak beberapa hari namun ditutup sembilan peratus lebih tinggi semalam.
Kerugian 3 syarikat cetus kesan domino, RM7.1 bilion permodalan saham lenyap
Ketiga-tiga saham syarikat tersebut telah kehilangan gabungan permodalan pasaran RM5.14 bilion sejak awal tahun ini.
Sime Darby lanjut hingga 31 Jan untuk pemegang saham UMW Holdings terima tawaran RM5
CIMB Investment Bank Bhd berkata tahap penerimaan tawarannya setakat 5 petang Jumaat lepas berada pada 94.15%.
Microsoft pintas Apple seketika sebagai syarikat paling bernilai di dunia
Pada ketika ini, kedua-dua syarikat dinilaikan melangkaui $2.8 trilion pada nilai harga saham semasa.
TNB masih pemegang saham terbesar SESB, kerajaan Sabah baru 17 peratus
Katanya, orang ramai perlu faham SESB masih belum diambil alih sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sabah yang ketika ini memiliki 17% saham.
'Tawaran pengambilalihan baki saham BPlant pada harga RM1.55 tidak adil tetapi munasabah'
Kata firma itu, walaupun harga tawaran mewakili diskaun 40.4% kepada RNAV kumpulan, ia juga memberi peluang kepada pelabur untuk keluar.
Pelabur asing catat aliran masuk RM674 juta ekuiti Malaysia pada Sept 2023 - Maybank IB
Ia juga mewakili pembelian bersih pelabur asing bagi bulan ketiga berturut-turut, di mana mereka mencatat aliran masuk pada Julai dan Ogos.
Kerugian bersih Serba Dinamik naik kepada RM1.3 bilion
Perolehan merosot kepada RM403.23 juta berbanding RM1.35 bilion pada tahun lepas manakala kerugian sesaham mencatatkan 34.88 sen daripada 29.34 sen.