PUTRAJAYA: Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan mengadakan lawatan kerja ke New Delhi, India pada 15 hingga 17 Jun bagi menghadiri Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN-India (SAIFMM).
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, mesyuarat itu diadakan sempena ulang tahun ke-30 ASEAN-India, yang akan memberi peluang kepada ASEAN dan India untuk meneliti perkembangan serta kemajuan kerjasama sedia ada serta membincangkan hala tuju perkongsian strategik.
Saifuddin bersama Menteri Luar ASEAN yang lain turut akan menghadiri Dialog Delhi ke-12.
Bertemakan "Breaking Barriers, Building Bridges in Indo-Pacific", Saifuddin akan menyampaikan ucapan ketika Panel Menteri mengenai 30 Tahun Hubungan ASEAN-India di Dialog Delhi ke-12.
"India merupakan rakan jangka panjang ASEAN sejak 1992 yang mempunyai hubungan sejarah, budaya dan tamadun yang kukuh sejak berkurun lama.
"Hubungan ini berasaskan kerjasama dinamik meliputi ketiga-tiga tonggak ASEAN," menurut kenyataan itu.
Lawatan kerja Saifuddin ke India memperlihatkan komitmen Malaysia untuk terus mengukuhkan lagi perkongsian ASEAN-India dalam sektor strategik termasuk mempromosikan pemulihan pasca pandemik COVID 19 yang berdaya tahan.
Selain menghadiri SAIFMM, Wisma Putra memaklumkan Saifuddin juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya dari India.
"Mesyuarat dua hala antara kedua-dua menteri luar adalah satu manifestasi hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara.
"Malaysia dan India akan terus memupuk hubungan akrab yang telah lama terjalin di samping bekerjasama ke arah keamanan, kemajuan dan kemakmuran sejagat," menurut Wisma Putra.
Ini merupakan lawatan sulung Menteri Luar ke India selepas pelantikannya pada 30 Ogos 2021.
Tahun ini merupakan ulang tahun ke-65 termeterainya hubungan diplomatik antara Malaysia dan India.
Kedua-dua negara telah menikmati jalinan persahabatan yang akrab melalui perkongsian sejarah, budaya dan sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022
Saifuddin bersama Menteri Luar ASEAN yang lain turut akan menghadiri Dialog Delhi ke-12. - Gambar fail
TikTok mulakan ujian untuk aplikasi perkongsian gambar dan teks
TikTok Notes akan memudahkan perkongsian perkembangan harian dengan lebih mudah dan kreatif menggunakannya.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
[TERKINI] Kerajaan setuju pertimbang salur peruntukan kepada wakil rakyat Pembangkang – Fadillah
Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mempertimbang penyaluran peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri II Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada Rabu.
Dalam satu kenyataan media pada Khamis, beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Perpaduan berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Putrajaya pada Rabu.
Pekerja kilang belacan dituduh membunuh
Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas tuduhan membunuh seorang lelaki, awal bulan ini.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Sistem GPS bawah laut dibangunkan untuk penyelam skuba
Sehingga lima individu boleh menggunakan DNS serentak untuk setiap pelampung.
UPKK 2023: 28,531 calon peroleh keputusan 8A
Sebanyak 88 peratus calon lulus keseluruhan, manakala pencapaian Gred Purata Skor UPKK secara keseluruhan pula ialah 1.89 mata.
WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Ghebreyesus, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Saifuddin hadiri Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India di New Delhi
Mesyuarat itu akan memberi peluang kepada ASEAN dan India untuk meneliti perkembangan serta kemajuan kerjasama sedia ada.