Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menuduh pengundi dalam pilihan raya negeri Sarawak dan pilihan raya kecil parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini sebagai korup.
Beliau berkata Dr Mahathir mungkin terlupa apa yang beliau pernah kata dan lakukan ketika menjadi Perdana Menteri untuk mendorong pengundi mengundi Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata sebagai contoh apabila Kelantan jatuh kepada PAS-Semangat 46 pada 1990, Dr Mahathir membatalkan peruntukan RM600 juta yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf sistem bekalan air untuk Kelantan.
"Dr Mahathir ketika itu berkata jika mereka mahu peruntukan RM600 juta, maka dalam pilihan raya umum akan datang, mereka mesti mengundi BN," katanya menerusi posting dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my, semalam.
Salleh berkata, Dr Mahathir juga mungkin terlupa bahawa ada dua cara untuk memotivasi seseorang bersandarkan kepada strategi memberi ganjaran dan hukuman atau dikenali sebagai "carrot and stick strategy."
"Pengundi di seluruh dunia akan mengundi berdasarkan bagaimana ia memanfaatkan mereka daripada segi kewangan. Situasi ini berlaku walaupun di Barat yang lebih maju seperti di Eropah dan Amerika Syarikat.
"Justeru, jika mereka mahu berada dalam kedudukan lebih baik daripada segi kewangan dengan menyokong anda, maka mereka akan menyokong anda. Strategi lain, ialah menghukum atau mengugut untuk menghukum jika mereka enggan menyokong anda," kata Salleh.
Memetik contoh keadaan menjelang pilihan raya umum 1999, Salleh berkata Dr Mahathir muncul dalam siaran televisyen ketika itu dan berkata jika BN tidak memperoleh majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum tersebut, maka Kerajaan Persekutuan tidak dapat menjamin keselamatan rakyat Malaysia.
Salleh mempersoalkan bagaimana Dr Mahathir boleh menuduh pengundi sebagai korup sedangkan beliau sendiri menggunakan taktik tertentu untuk mempengarhi pengundi supaya mengundi BN.
Bernama
Tue Jul 05 2016
Katanya Dr Mahathir mungkin terlupa apa yang beliau pernah kata dan lakukan ketika menjadi Perdana Menteri untuk mendorong pengundi mengundi BN. - Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Dulu Harimau Asia, kini 'negara pencuri' kerana pemimpin korup - Dr Mahathir
Apabila seorang berkata -Cash is King-, ia sebenarnya bermaksud -Corruption is King- dan dakwa Dr Mahathir, itulah yang pernah dikatakan Datuk Seri Najib Razak.
Polis nafi dakwaan ketua balai korup
Pemilik kediaman berkenaan membuat laporan selepas suspek enggan mengosongkan premis walaupun sudah diberi notis dua bulan.
SPRM mula siasat berhubung laporan rasuah di lautan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mula menjalankan siasatan berhubung pendedahan yang dibuat oleh Astro AWANI melalui siri laporan rasuah di lautan.
PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Anwar menyeru semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.
Tahun 2020 menunjukkan rasuah mampu membunuh - Transparency International
Menurut Transparency International, gejala rasuah berlaku dengan berleluasa menerusi tindak balas memerangi COVID-19.
Pemuda UMNO hantar memorandum, segera tubuh RCI Tabung Haji
Melalui penubuhan RCI yang bebas dan berkecuali, keyakinan dan kepercayaan rakyat dan umat Islam terutamanya pendeposit boleh dikembalikan.
Langgar perlembagaan, tidak bermoral, tarik sokongan, pecat Trump! - Christianity Today
Majalah berpengaruh 'Christianity Today' saran agar Trump tidak disokong cara membuta tuli dan kini layak dipecat.
Bekas pegawai Najib mahu bertanding tanpa politik wang
Hizatul Isham Abdul Jalil berkata, beliau akan menawarkan pengalaman hampir 20 tahun dalam kerajaan, korporat, politik dan NGO kepada rakan-rakan seperjuangan.
#MalaysiaMemilih: "Kalau lama sangat jadi Perdana Menteri, nanti korup" - Tun M
Pakatan Harapan mahu memastikan jawatan perdana menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Salleh bidas Mahathir kerana tuduh pengundi sebagai korup
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.