KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) Hari Thaipusam termasuk bagi perarakan kavadi dan pedati, akan diumumkan oleh Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique dalam tempoh terdekat.
"Semalam, Halimah telah mengadakan perjumpaan dengan wakil pemimpin agama Hindu dan kuil selepas Mesyuarat Jemaah Menteri, dan pelbagai perkara telah dibincangkan," kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan kepada pemberita, selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Wisma MCA di sini, hari ini.
Sementara itu, Saravanan berkata semalam beliau sendiri telah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang pada dasarnya positif tentang perarakan tersebut.
Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata satu mesyuarat akan diadakan pada Selasa depan, bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan sambutan perayaan itu.
Pada 7 Dis, Halimah dalam Dewan Rakyat memberitahu semua perarakan perayaan, termasuk perarakan kavadi bagi Thaipusam dan chingay sempena Tahun Baharu Cina, tidak dibenarkan berikutan negara sedang berdepan jangkitan varian baharu COVID-19, Omicron ketika ini.
Namun, selepas menerima kritikan pelbagai pihak, Kementerian Perpaduan telah membuat kenyataan bahawa SOP COVID-19 untuk sambutan Thaipusam belum dimuktamadkan.
Dalam perkembangan lain, ketika berucap pada mesyuarat perwakilan sayap MIC itu, Saravanan meminta perwakilan agar mengubah cara pemikiran dalam mengemudi parti seiring dengan persediaan menghadapi Revolusi Perindustrian (IR) 4.0.
Beliau berkata MIC tidak boleh lagi dilihat sebagai parti yang memberikan sumbangan percuma, malah ia perlu menjadi parti yang mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada kaum India.
"Dalam 10 tahun akan datang, dunia berdepan dengan IR4.0 di mana banyak pekerjaan akan hilang. Oleh itu, kita perlu bersedia menghadapi perubahan dan cabaran tersebut," katanya.
Beliau turut meminta masyarakat India di negara ini agar turut mengubah cara pemikiran, supaya terus berjaya dan mengharungi cabaran IR4.0, sekali gus tidak hanya mempersalahkan parti politik.
Seramai 1,500 perwakilan daripada sayap Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri telah menghadiri Mesyuarat Perwakilan Sayap berkenaan sementara Perhimpunan Agung Tahunan parti itu akan diadakan esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 11 2021
Saravanan berkata semalam beliau sendiri telah bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang pada dasarnya positif tentang perarakan tersebut. - Gambar fail
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Thaipusam: Dua juta pengunjung dijangka banjiri Batu Caves, jalan ditutup
Dijangka berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar Batu Caves bermula hari ini hingga 6 Feb.
Sambutan Thaipusam diumumkan dalam masa terdekat - Saravanan
Prosedur operasi standard (SOP) Hari Thaipusam termasuk bagi perarakan kavadi dan pedati, akan diumumkan oleh Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique dalam tempoh terdekat.