Air mata calon bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan, Hamzah Abdullah, gugur pada satu sidang media, di sini, hari ini.
Bertanding untuk kali ketujuh dalam PRK kali ini, Hamzah berkata, mahu bebas bersuara dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.
"Saya akan kekal bebas. Saya tidak akan menyertai Barisan Nasional (BN), dan DAP, atau mana-mana parti. Demi rakyat, saya akan lawan.
"Sebab, masalah rakyat saya tahu. Kadang-kadang ada yang datang minta duit mahu beli beras. Dia datang jumpa saya. Kita bagi RM30, RM40,” katanya, lantas dilihat gagal menahan air mata.
Bercakap di Bilik Gerakannya di Pusat Bandar Sandakan, Hamzah berkata, orang ramai sering datang kepadanya meminta bantuan termasuk untuk membayar ansuran bulanan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang tertunggak.
“Mereka sudah disuruh tidur di luar PPRT, lalu datang kepada saya. Kita bantu mana yang mampu walaupun sebenarnya saya bukannya banyak duit pun.
“Hari-hari ratusan orang datang ke tempat saya mengadu masalah mereka dan kesusahan yang mereka hadapi,” katanya.
Katanya, sekiranya dia mementingkan diri dan tidak memikirkan kepentingan rakyat, dia pasti sudah menerima jawatan Senator yang ditawarkan kepadanya sebelum ini.
“Tetapi, apa guna jadi senator? Saya tidak mahu jadi ‘Yes men’ pihak kerajaan. Saya mahu selesaikan masalah rakyat.
“Sebab itu dahulu (Pilihan Raya Umum ke-14) saya bertanding bebas, dan walaupun kalah, saya tetap ikut serta dalam PRK kali ini sebagai calon bebas,” katanya.
Menceritakan detik-detik menjelang hari penamaan calon 27 April lalu, Hamzah berkata dua hari sebelum itu dia hanya ada RM13,000 dalam poket dan masih kurang wang untuk bertanding.
“Saya terpaksa gunakan duit anak saya yang dia simpan untuk membeli kereta. Saya tidak mahu ada penderma menolong saya dari segi kewangan kerana tidak mahu terikat dengan mana-mana pihak.
“Saya tidak mahu jadi barua mana-mana pihak atau pencacai. Saya akan kekal sebagai calon bebas,” katanya.
Undang-undang menetapkan, seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya perlu mengemukakan wang deposit RM10,000 bagi kerusi Parlimen atau RM5,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.
Menurut Hamzah, beliau mahu bebas bersuara di Parlimen jika dipilih menjadi wakil rakyat supaya kerajaan tahu masalah rakyat yang sebenar.
Antara isu yang diperjuangkannya ialah masalah pengeluaran dokumen pengenalan diri kepada warganegara tulen, khususnya daripada kalangan masyarakat miskin dan pedalaman.
Hamzah berdepan persaingan lima penjuru pada PRK 11 Mei ini, menentang Vivian Wong Shir Yee (DAP), Datuk Linda Tsen Thau Lin (Parti Bersatu Sabah) dan dua lagi calon bebas - ahli perniagaan Chia Siew Yung dan bekas pembantu tadir Pusat Khidmat Parlimen Sandakan, Sulaiman Samat.
PRK Sandakan diadakan susulan kematian penyandang Datuk Stephen Wong Tien Fatt daripada DAP pada 28 Mac lepas.
Radhi Muslim
Wed May 01 2019
Hamzah berkata dua hari sebelum hari penamaan calon yang lalu, dia hanya ada RM13,000 dalam poket dan masih kurang wang untuk bertanding. - Astro AWANI
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas
Ratusan peguam berhimpun menyertai Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.
PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik
Mereka ialah Siki Balarik di kerusi DUN Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).
"Saya bersama Pakatan Harapan" - Maszlee Malik
Maszlee berkata, beliau masih Ahli Parlimen Bebas, biarpun tular gambarnya menyertai sidang mesyuarat video bersama Ahli-ahli Parlimen PKR.
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas dan selamat untuk tujuan komersial tanpa sebarang aktiviti ketenteraan atau dijadikan sebagai medan konflik persaingan kuasa-kuasa besar.
Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Maszlee Malik umum tarik diri daripada parti Pejuang, ikrar teruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.
13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong
Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Bekas Perdana Menteri itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.
Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih
Jambatan yang menghubungkan kampung Changkat Ramu dan Buloh Seruas itu digunakan penduduk setempat sejak tahun 1980-an lagi.
Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Ahad.