Sandy : Jawatankuasa Bencana Alam ditubuh

Astro Awani
Oktober 30, 2012 02:18 MYT
Kedutaan Malaysia di Washington DC memaklumkan pihak kedutaan telah mengeluarkan arahan agar pelajar di bahagian Timur Laut Amerika Syarikat untuk mengambil langkah berjaga-jaga.
Menurut Jabatan penuntut Malaysia, dianggarkan terdapat lebih 1,200 pelajar sedang menuntut di kawasan yang terjejas.
Amaran turut dikeluarkan kepada rakyat Malaysia yang berjumlah sekitar 1,500 orang di 3 negeri yang terjejas akibat Taufan Sandy.
Satu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam turut ditubuhkan bagi menangani masalah berkaitan Taufan Sandy.
Dan berikut adalah senarai pegawai dan nombor yang boleh dihubungi.
Shahabudeen Adam Shah – Kaunselor
Mobile Phone : +1 202 431 4648
Email : shahabudeen@kln.gov.my
Mohd Hadtamizi Abu Bakar – Setiausaha Kedua (Konsular)
Mobile Phone : +1 202 679 7666
Email : tamizi@kln.gov.my
DSP Aemran Mustafa – Attache Penolong Polis
Mobile Phone : +1 202 531 1018
Email: ran.mustafa@gmail.com
Abdul Rahim Masum –Penolong Attache Pendidikan
Mobile Phone : + 1 202 330 1737
Email : abdrahim.usa@gmail.com
#AS #Sandy #taufan