IPOH: Seorang ibu tunggal dan anak perempuannya sanggup berhujan panas dengan menaiki motosikal, demi mendapatkan Menu Rahmah di sebuah kedai di pusat bandar raya ini yang menawarkan harga berpatutan.
Suhaila Badarudin, 46, berkata walaupun terpaksa mengharungi perjalanan yang mengambil masa kira-kira 30 minit dari rumahnya di Sungai Siput ke pasar raya Mydin di Meru di sini, namun ia berbaloi kerana restoran tersebut menyajikan pelbagai juadah.
"Saya dengan anak perempuan berusia 17 tahun sanggup datang jauh-jauh sebab di sini ada makanan murah. Selalunya makanan sebegini iaitu nasi putih, kari ayam, taugeh goreng dan air mineral sudah mencecah RM8 hingga RM10.
"Kami bukanlah mahu makan besar sangat, sekadar dapat mengenyangkan perut sahaja. Dengan harga RM5 ini, dapatlah saya beli dua hingga tiga bungkus untuk saya dan anak-anak makan tengah hari," katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Jumaat dan bersyukur dengan langkah kerajaan mengenalkan program Menu Rahmah tersebut.
Seorang pekerja di restoran tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad berkata maklum balas pengunjung yang hadir amat baik, sehinggakan mereka perlu menambah lauk hampir tiga kali kerana sambutan yang amat menggalakkan.
"Kami tidak akan masak lauk dalam kuantiti banyak kerana ingin menjaga kualiti makanan dan mengelakkan daripada pembaziran.
"Apabila kita masak dalam kuantiti sederhana, kualiti makanan akan lebih terjamin malah sehingga kini, tiada pembaziran yang berlaku dan lauk habis sekitar 8 malam," katanya ketika ditemui di pasar raya itu.
Sementara itu, Mohd Ezayddy Mohd Sofian, 41, pengusaha sebuah kedai makan Nasi Ayam Viral Klebang Putra, Chemor turut menyahut seruan kerajaan dalam menyediakan Menu Rahmah atas inisiatif sendiri untuk berkongsi rezeki kepada golongan yang kurang berkemampuan.
"Ada yang bertanya, jika jual nasi ayam harga RM4 ada ke untung? Saya dapat untung sikit sahaja tapi kerana ingin bantu meringankan beban golongan B40 dan ke bawah, apa salahnya.
"Selain itu, saya turut menjual dalam kuantiti yang banyak supaya boleh membuat pusingan modal barangan mentah," katanya.
Seorang pengunjung, Hasliza Ahmad, 35 berkata selepas melihat hantaran pemilik kedai di laman Facebook berkenaan Menu Rahmah, dia dan suaminya hadir ke kedai tersebut untuk merasainya.
"Saya gembira melihat banyak kedai makan yang turut sertai program ini. Memandangkan saya mempunyai anak ramai, dapatlah saya beli dengan kuantiti banyak. Selalunya harga nasi ayam di pasaran sekitar RM7 hingga RM10, harga Menu Rahmah ini murah dan mampu milik.
"Saya juga berharap kerajaan menurunkan harga bahan mentah, kalau mahu harapkan Menu Rahmah sahaja tidak mampu. Saya ada empat orang anak, sekali beli makanan sudah RM30. Jumlah itu saya boleh membeli ikan atau ayam yang boleh dimasak untuk seminggu," katanya ketika ditemui di kedai makan tersebut.
Dilaporkan Selasa lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Menu Rahmah yang menawarkan hidangan makan tengah hari atau makan malam berharga RM5 sepinggan di 15,000 premis menjual makanan di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Pelanggan membeli hidangan Menu Rahmah nasi ayam hainan yang dijual bermula serendah RM4 dan nasi ayam biasa RM5 di kedai makan Nasi Ayam Viral di Klebang Putra. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah
Serangan tentera Israel yang membawa kemusnahan ke atas Semenajung Gaza memasuki hari ke-200 diburukkan lagi dengan rancangan Israel.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk warga asing di Kelantan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan telah meluluskan cadangan pembinaan dua stesen minyak tanpa subsidi khusus untuk jualan kepada warga asing.
Peniaga bukan Islam di Perak digalak daftar Program Menu Rahmah
Program Menu Rahmah tidak terhad kepada sesuatu kaum kerana semua pihak yang menjual makanan pada harga bawah RM5 boleh menyertainya.
43 permohonan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah setakat ini - Fuziah
Dari segi jumlah pengusaha pula, lebih 2,800 pengusaha menawarkan Menu Rahmah sehingga kini.
Kerajaan perkenal kad diskaun khas peniaga Menu Rahmah esok
Pelaksanaan itu dibuat bagi membolehkan peniaga membeli bahan mentah dengan harga lebih murah.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen syor tingkat peruntukan Jualan Rahmah
Syor yang dibuat selepas mesyuarat pada Selasa adalah bagi membantu lebih ramai rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup.
Pengganti Salahuddin diumum selepas PRN, Armizan pangku tugas Menteri KPDN - PM Anwar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali diarahkan untuk memangku tugas Menteri KPDN buat sementara waktu.
PM Anwar umum peruntukan tambahan RM50 juta untuk perluas inisiatif Rahmah
Perdana Menteri menjelaskan, beliau mahu inisiatif itu diperluaskan berdasarkan kejayaan awal program itu yang menunjukkan hasil memberangsangkan.
Falsafah Payung Rahmah: 'Kerajaan berbelanja supaya rakyat boleh berbelanja' - Ahmad Maslan
Ahmad berkata ia dicapai menerusi pemberian tunai serta beberapa bantuan langsung lain kepada rakyat supaya boleh dibelanjakan dalam ekonomi domestik.
Tiada cadangan wajib syarikat besar sertai Payung Rahmah
Kerajaan tidak bercadang untuk mewajibkan syarikat besar di negara ini menyertai inisiatif Payung Rahmah kerana pelaksanaannya pada peringkat awal bersifat sukarela.
Menu Rahmah jadi 'buruan', bantu rancakkan perniagaan kedai makan
Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan, menjadi 'buruan' terutamanya dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi.