PENDANG: Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan harapan agar ura-ura bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atau KJ akan menyertai Perikatan Nasional (PN) selepas dipecat daripada UMNO menjadi kenyataan.
Menurut beliau, penyertaan personaliti politik itu akan memberikan kesan positif dan kekuatan kepada PN terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dalam masa terdekat.
Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, PN sentiasa membuka ruang untuk mana-mana individu yang dipecat atau digantung UMNO untuk menyertai parti itu sekiranya mereka berminat.
"(Kalau KJ sertai PN akan beri) kesan positif, (semua pemimpin) yang dibuang daripada UMNO (ini adalah) orang baik-baik, orang yang ada potensi hebat… KJ siapa kata tak hebat? Siapa kata Annuar Musa, Noh Omar, Shahidan Kassim, Hishamuddin tidak hebat? Semua ini orang hebat, terkenal di seluruh Malaysia.
"Prestasi KJ (semua sudah tahu), berapa lama (beliau menjadi Menteri Kabinet), seorang (insan yang) hebat, kalau dapat menyertai PN, apa dia nak jadi pun (sangat dialu-alukan), Alhamdullilah, terima kasih KJ (kalau sertai PN)… saya harap ia menjadi kenyataan, orang baik (saya harap) mai (sertai PN), orang tidak bagus pergi berhimpun, berkumpul di sebelah sana (Pakatan Harapan),” kata beliau.
Muhammad Sanusi berkata demikian ketika dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Hak Milik, Lesen Menduduki Sementara, Hak Milik Sambungan dan Cukai Tanah bagi Daerah Pendang, di Dewan Cenderawasih, di sini, pada Selasa.
Semalam, Khairy dilapor menyatakan minat untuk bertanding dalam PRN Selangor.
Menurut bekas Ketua Pemuda UMNO yang dipecat daripada parti itu, beberapa tawaran telah dibuat kepadanya, termasuk jawatan Menteri Besar Selangor sekiranya menang.
Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu tidak mendedahkan parti politik mana yang menawarkan jawatan tersebut selain mendedahkan beliau turut tidak bercadang untuk menubuhkan parti baharu di negara ini.
Abd Hadi Che Awang
Tue Feb 07 2023
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kiri) menzahirkan harapan agar ura-ura bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atau KJ akan menyertai Perikatan Nasional (PN) selepas dipecat daripada UMNO menjadi kenyataan.
Kekayaan Musk dianggarkan melebihi AS$400 bilion
Kekayaan Musk sebahagian besarnya terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik Tesla dan syarikat aeroangkasa SpaceX.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugur pertuduhan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi untuk mengugurkan pertuduhan mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan yang dihadapinya.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
[TERKINI] Pelajar Malaysia di Syria selamat dan kuliah bermula esok
Ini perkembangan di Syria, daripada Konsul Kehormat Malaysia di Damascus, Syria.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
53 pelajar Malaysia di Syria dalam keadaan selamat dan mula menjalani kuliah semula bermula esok.
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Sanusi harap ura-ura KJ sertai PN jadi kenyataan
Muhammad Sanusi berkata, orang hebat seperti KJ dialu-alukan sertai PN sementara yang tidak bagus berkumpul di PH.