ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disarankan 'belajar' daripada Menteri Besar Perlis dan Kelantan dalam soal pentadbiran khususnya melibatkan hubungan dengan kerajaan Persekutuan.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, keperibadian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu amat berbeza dengan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang sentiasa lemah lembut dalam pentadbiran meskipun baru memegang jawatan berkenaan.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah turut memuji sikap profesional Datuk Ahmad Yakob dalam urusan-urusan yang melibatkan negeri Kelantan dan kerajaan Pusat sejak beberapa penggal lalu.
Tegasnya, sekiranya Sanusi masih berperangai sama, rakyat Kedah akan merasai kesannya khususnya melibatkan pembangunan negeri dalam tahun-tahun mendatang.
"Sepatutnya dia belajar sama ada daripada orang baharu, Cikgu (Mohd) Shukri (Ramli), Menteri Besar (Perlis) ataupun orang lama seperti Ustaz (Datuk) Ahmad Yakob (sebagai Menteri Besar Kelantan)
"Ini kerana bagi saya, (menjadi) satu kerugian kalau (sikap) dia terus berlarutan, akhirnya kalau dia masih kekal Menteri Besar (termasuk) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang) , saya fikir malang bagi rakyat Kedah untuk tempoh lima tahun.
"Kita takkan dapat melihat kelajuan program pembangunan di Kedah," kata Mahfuz ketika ditemui pada program moreh bersama media Kedah di sini, pada Selasa.
Dalam pada itu, bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengingatkan Sanusi untuk tidak mengamalkan dendam politik yang tidak berkesudahan.
Tegas Mahfuz lagi, amat penting buat Sanusi tidak berdendam khususnya dalam menguruskan pentadbiran kerajaan negeri yang kini tidak 'selari' dengan kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Pusat.
Selain itu, beliau turut berharap Menteri Besar Kedah itu dapat membezakan kedudukannya sebagai seorang ahli politik dan juga ketua kerajaan negeri khususnya dalam urusan dan program rasmi melibatkan kerajaan negeri.
Abd Hadi Che Awang
Tue Apr 11 2023
Datuk Mahfuz Omar berkata, keperibadian Sanusi amat berbeza dengan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang sentiasa lemah lembut dalam pentadbiran meskipun baru memegang jawatan berkenaan. - Gambar Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
#AgongKita: Menteri Besar, Ketua Menteri sembah tahniah sempena Istiadat Pertabalan
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad turut mendoakan agar Malaysia terus berkembang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Menteri Besar, Ketua Menteri zahir ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Agong
Menteri Besar dan Ketua Menteri mmenzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, hari ini.
Pulau Pinang bawa cadangan pemulangan cukai 20 peratus ke mesyuarat MB, KM Julai ini
Pulau Pinang akan membawa cadangan pemulangan 20 peratus wang cukai yang dikutip Kerajaan Persekutuan daripada negeri ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri pada Julai depan.
Sesi pemulihan Faisal Halim ambil masa - MB
SEMUA pihak diminta memberikan ruang dan privasi kepada pemain Selangor FC, Faisal Halim untuk memberi tumpuan kepada proses pemulihannya.
Dua strategi utama jayakan Tahun Melawat Johor 2026
Menaik taraf infrastruktur pelancongan serta menggerakkan promosi semua produk pelancongan di Johor secara agresif merupakan dua strategi utama untuk menjayakan agenda Tahun Melawat Johor 2026.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Larangan pasang khemah di tiga kawasan pantai Port Dickson
Negeri Sembilan bentang Belanjawan 2024 RM555 juta, hasil RM520 juta
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM555 juta dengan anggaran hasil sebanyak RM520 juta dan belanjawan pembangunan mencecah RM140 juta.