TOKYO: Kerajaan Sarawak yakin negeri itu akan muncul sebagai hab hidrogen di rantau Asia berikutan beberapa langkah dan tindakan yang telah diambil.
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ketika ini, negeri itu telah mengadakan rundingan dengan pemain-pemain industri terkemuka di Jepun dan Korea.
"Ia bagi menghasilkan kandungan hidrogen dan membekalkannya sebagai sumber janaan tenaga industri di negara-negara terbabit," katanya ketika menjadi panel forum hidrogen anjuran Kerajaan Metropolitan Tokyo pada Rabu.
Tegas Abang Johari, dengan kelebihan yang dimiliki dalam penjanaan tenaga diperbaharui, Sarawak telah bersedia untuk menjadi pengeluar dan pembekal utama tenaga hijau hidrogen di rantau ini menjelang 2028.
"Krisis perubahan iklim dunia adalah realiti, dengan pola cuaca tidak lagi dapat dijangka. Ini menuntut usaha bersepadu oleh seluruh komuniti global untuk mengurangkan perubahan iklim ini, dan dunia mesti bersatu dalam menghadapinya.
"Kerajaan Sarawak telah memulakan usaha menggubal dasar-dasar yang sejajar dengan protokol perubahan iklim dunia yang direka ke arah penyahkarbonan," katanya.
Sehubungan itu, Abang Johari mengajak negara-negara lain di seluruh dunia bertindak ke arah peralihan tenaga bagi mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050, seperti yang ditetapkan oleh protokol Paris.
Beliau memberitahu, syarikat milik Kerajaan Sarawak, SEDC Energy sedang menjayakan langkah ini, dengan berunding dengan Sumitomo Corporation dan Eneos Corporation dari Jepun untuk menjayakan Projek Horbill, yang menyasarkan pengeluaran hidrogen hijau menerusi methylcyclohexane (MCH) pada tahun 2028.
Menerusi Projek Hibiscus pula, Sarawak sedang berunding dengan syarikat Samsung, Posco dan Lotte dari Korea, yang akan membeli balik gas ini dalam bentuk amonia
Untuk rekod, Sarawak memulakan projek rintis pengeluaran hidrogen pada 2016 menerusi Sarawak Energy Berhad, dengan membekalkan gas tersebut untuk bas dan kereta hidrogen di Kuching.
Terdahulu, Abang Johari mengetuai delegasi Sarawak mengadakan kunjungan hormat kepada Gabenor Tokyo, Yuriko Koike di pejabatnya. Turut hadir Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Rombongan turut mengadakan lawatan ke Stesen Hidrogen Tokyo Oi dan Muzium Hidrogen Tokyo.
Rudi Affendi Khalik
Thu Oct 13 2022
Tegas Abang Johari, dengan kelebihan yang dimiliki dalam penjanaan tenaga diperbaharui, Sarawak telah bersedia untuk menjadi pengeluar dan pembekal utama tenaga hijau hidrogen di rantau ini menjelang 2028.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Sarawak lancar laporan kemampanan tahunan untuk inisiatif hijau
Negeri Sarawak, Malaysia akan melancarkan mekanisme pelaporan kemampanan tahunannya tahun depan untuk memantau sumbangan sektor awam kepada inisiatif hijau negeri itu.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
Kemudahan Elektrolisis Sarawak mampu tingkatkan inisiatif hidrogen hijau
Sasarannya untuk menghasilkan 500 megawatt elektrolisis dalam tempoh lima tahun akan datang, meningkatkan pengeluaran hidrogen rantau ini.
Duta AS lihat potensi kerjasama dengan Sarawak dalam pembangunan tenaga bersih
Kagan berkata kerjasama baharu boleh diteroka memandangkan Sarawak telah bergerak ke hadapan terutama dalam pembangunan hidrogen sebagai tenaga bersih.
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.
Ekonomi hidrogen berpotensi jana pendapatan RM12 bilion menjelang 2030 - MOSTI
Fokus utama MOSTI ketika ini adalah untuk mempertingkatkan permintaan, penggunaan dan juga penjanaan hidrogen hijau.
PM Anwar tertarik dengan kenderaan berkuasa hidrogen, enjin lebih senyap
PM Anwar jelas tertarik dengan kenderaan berkuasa hidrogen itu yang menurutnya lebih senyap berbanding kenderaan menggunakan bahan api petrol.
Proton teroka potensi kereta guna bahan api hidrogen
Roslan berkata penggunaan hidrogen sudah pasti akan membawa manfaat kepada negara dan orang ramai.
Harga tambang ART berpatutan - Abang Johari
Harga tambang atau tiket untuk Autonomous Rapid Transit (ART) di Sarawak akan ditetapkan pada kadar mampu milik untuk orang ramai, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Hidrogen sebagai tenaga baharu kini di peringkat prototaip - Chang Lih Kang
MOSTI komited menjadikan hidrogen sumber tenaga baharu dalam usaha negara beralih dari tenaga elektrik kepada tenaga boleh diperbaharui.