Sarawak kembali catat kes positif COVID-19 selepas lapan hari bebas kes

Nickyson Nyambar
Jun 5, 2020 11:58 MYT
Maklumat berkenaan mangsa bagaimanapun tidak didedahkan dalam kenyataan media tersebut. -Gambar hiasan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan terdapat pertambahan satu kes baharu COVID-19 setelah tiada rekod dicatatkan dalam tempoh lapan hari berturut-turut di negeri itu.
Bagaimanapun, maklumat berkenaan mangsa tidak didedahkan.
Menurut jawatankuasa tersebut, kes itu dilaporkan di Simunjan sekali gus menjadikan status daerah itu yang sebelum ini hijau kepada kuning.
Melalui kenyataan media itu juga, jumlah kumulatif kes positif virus COVID-19 di negeri itu adalah 553 kes.
“Jumlah kes positif yang telah sembuh dan didiscaj adalah kekal seramai 523 orang atau 94.58 peratus.
“Manakala, seramai 16 kes Person Under Investigation (PUI) baharu direkodkan. 19 kes pula masih menunggu ujian makmal,” memetik laporan itu.
Setakat ini, daerah berstatus kuning di negeri itu ialah sebanyak enam kawasan manakala, 34 kawasan masih berstatus hijau.
Selain itu, sebanyak tujuh tangkapan harian dikeluarkan kerana cubaan merentas daerah dari pelbagai lokasi utama negeri itu.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan media oleh JPBN pada Jumaat.
#Astro Awani #AWANI Sarawak #COVID-19 #Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri #JPBN #Sarawak #Simunjan