Kerjasama lebih erat antara Sarawak dan Korea Selatan akan beri keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak dan Korea Selatan ada kekuatan dan kelebihan tersendiri yang akan memberikan situasi menang-menang.

"Korea Selatan adalah kuasa ekonomi Asia keempat terbesar, dengan kekuatan dalam bidang penyelidikan, perindustrian dan pembangunan produk yang berkualiti.

“Sarawak pula mempunyai banyak sumber asli dan kita menawarkan antara tarif elektrik terendah di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Dialog Perniagaan Republik Korea-Sarawak 2019 di Seoul pada Isnin.

Abang Johari, turut mengalu-alukan cadangan daripada syarikat yang ada kepakaran teknologi untuk membina pusat data di Sarawak.