KUCHING: Sarawak merupakan negeri pertama berjaya memvaksin lebih 80 peratus populasi dewasa setakat Isnin.

Menurut kemas kini Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), setakat semalam, 81.5 peratus populasi dewasa di negeri itu telah lengkap menerima dua dos vaksin covid-19.

Ia sekali gus meningkatkan jumlah populasi keseluruhan yang divaksin kepada 59.1 peratus

Pencapaian itu menjadikan Sarawak bersama-sama dengan dua lagi Wilayah Persekutuan iaitu Labuan dan Kuala Lumpur yang berjaya memvaksin lebih 80 peratus populasi dewasa.

Ini meletakkan Sarawak di landasan yang tepat dalam usaha mencapai imuniti kelompok dalam bulan Ogos.

Sementara itu, Labuan setakat Isnin telah memvaksin 89.3 peratus penduduk dewasanya bersamaan dengan 61.4 peratus populasi keseluruhan.

BACA: Kuala Lumpur capai imuniti kelompok, siap-sedia beralih ke Fasa 3 PPN - Annuar

BACA: Labuan sudah capai imuniti kelompok bendung penularan COVID-19