Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memenangi semua permohonan interlokutori dalam kes saman fitnahnya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, kata peguam mewakili Pas, Wan Rohimi Wan Daud.

Menerusi catatan di Facebooknya, Wan Rohimi Wan Daud kini berada di United Kingdom untuk mengikuti kes berkenaan di Mahkamah Tinggi London, pada Isnin.

"TGHH (Tok Guru Haji Hadi) menang semua lima permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791)," katanya lewat malam tadi.

Abdul Hadi sebelum ini, memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April tahun lalu.

Ia berkaitan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong BN dan UMNO.