KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sekali lagi menegaskan sokongan yang diberikan Sarawak kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah demi mencapai kestabilan politik.
Jelas Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu, masa depan rakyat Sarawak akan lebih cerah jika kelestarian politik dapat dikecapi sekali gus mampu menghadapi cabaran besar di seluruh negara.
“Kita (GPS) berikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerana kita mahu kestabilan dalam negara dan buktinya apabila negara dilanda pandemik COVID-19, beliau (Muhyiddin) berjaya menangani masalah ini dengan baik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Perdana Menteri bersama penjawat awam negeri dan persekutuan di Ranyai Ballroom, Hotel Waterfront di Kuching pada khamis.
Jelas Abang Johari, keakraban hubungan di antara penjawat awam Persekutuan dan negeri turut memberi impak positif terhadap pembangunan pendidikan serta kemahiran di negeri itu.
“Oleh kerana itu, kita secara konsisten telah meningkatkan taraf pendidikan kita melalui Pusat Kecemerlangan Sarawak (CENTEXS) dan usaha ini terus dipertingkatkan dengan bantuan dari Kerajaan Pusat.
“Persekutuan telah meluluskan Kolej Universiti Teknologi Sarawak (UCTS) sebagai universiti penuh dan Kolej Teknologi Lanjutan Antarabangsa Sarawak (iCATS) sebagai kolej universiti,” katanya.
Tambahnya, peluang itu akan membuka langkah yang lebih jauh untuk Sarawak menjalinkan kerjasama dengan pihak berkepentingan terutama para pengkaji untuk menerokai kaedah baharu melalui teknologi.
“Kita perlu mencari kaedah baharu yang boleh mengubah serta mengukuhkan ekonomi Sarawak dan perkara ini boleh dicapai menerusi kolaborasi antara Persekutuan dan negeri dengan sumber yang sedia ada,” katanya.
Nuzuluddin Abdul Razak
Thu Apr 01 2021
Katanya, asa depan rakyat Sarawak akan lebih cerah jika kelestarian politik dapat dikecapi sekali gus mampu menghadapi cabaran besar di seluruh negara.
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Sarawak ulangi pendirian, sokong Muhyiddin demi kestabilan politik
Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sekali lagi menegaskan sokongan yang diberikan Sarawak kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah demi mencapai kestabilan politik.