Sarjan polis direman tujuh hari minta rasuah RM7,000

Bernama
Februari 18, 2023 05:00 MYT
Lelaki berusia 33 tahun itu bertugas di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana disyaki meminta rasuah RM7,000, bagi melepaskan individu yang melakukan kesalahan memiliki air ketum.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman terhadap lelaki berusia 33 tahun itu yang bertugas di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.
Lelaki itu ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
#Rasuah #sarjan #reman #air ketum