Satu lagi kluster baharu COVID-19 dikenalpasti yang melibatkan pekerja asing di Setia Alam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, kluster tersebut dikesan pada 6 Mei lalu selepas menerima notifikasi dari sebuah hospital swasta.

"Hospital tersebut telah menjalankan saringan COVID-19 ke atas pekerja-pekerja yang bakal kembali bertugas dan mendapati tiga kes disahkan positif COVID-19 daripada lima orang pekerja yang telah disaring.

"Ketiga-tiga kes positif tersebut merupakan warga Bangladesh yang berkongsi tempat kediaman yang sama dengan 18 orang lain," katanya.

Sehingga 9 Mei 2020 jam 12 tengah hari, seramai 28 orang telah disaring untuk COVID-19, daripada jumlah itu, 12 kes didapati positif COVID-19 yang melibatkan warganegara Bangladesh.

Sembilan kes pula didapati negatif dan tujuh kes masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan masih kluster ini juga masih di dalam siasatan.