KUALA LUMPUR: Seorang saksi penting dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng mengakui di Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa antara sebab beliau membayar RM19 juta kepada orang tengah bernama G. Gnanaraja adalah kerana diugut akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) berhubung penglibatannya dalam projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang kontroversi.
Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 52, berkata, beliau menerima ugutan daripada Gnanaraja melalui mesej Whatsapp, yang mengandungi nama dan nombor pengenalan Zarul.
Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim, saksi pendakwaan ke-23 itu berkata. beliau membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung ugutan itu apabila ditahan oleh suruhanjaya itu selama 11 hari pada Januari 2018.
"Siasatan terhadap Gnanaraja bermula selepas saya dibebaskan daripada tahanan SPRM. Saya disoal oleh badan pencegah rasuah tentang laporan yang saya buat terhadapnya.
"Bagaimanapun, saya tidak ditunjukkan mesej Whatsapp yang dicetak daripada perbualan semasa siasatan. Mereka (SPRM) hanya menunjukkan kepada saya mesej (WhatsApp) terus daripada telefon Gnanaraja," katanya.
Zarul juga bersetuju dengan cadangan Gobind bahawa CZCSB akan terjejas jika prosiding AMLA terhadapnya diteruskan.
Terdahulu, Gobind dan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bertelagah mengenai salinan kenyataan Gnanaraja yang direkodkan oleh SPRM semasa siasatan.
Gobind meminta pihak pendakwaan mengesahkan sama ada mesej WhatsApp antara Zarul dan Gnanaraja telah dikurangkan kepada satu kenyataan dan Wan Shaharuddin menjawab bahawa bukan beban pihak pendakwaan untuk membantu pihak pembelaan dalam perkara tersebut.
Peguam itu seterusnya berkata, pihak pendakwaan juga masih belum menjawab permohonan mereka untuk mendapatkan salinan mesej WhatsApp Gnanaraja yang mereka mohon minggu lepas.
Wan Shaharuddin menjawab beliau masih berusaha mendapatkannya daripada pegawai penyiasat lain dan akan mengesahkannya esok.
Lim, 61, didakwa menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702.
Lim dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga didakwa meminta 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu daripada Zarul Ahmad, sebagai penghargaan mendapatkan projek tersebut.
Perbuatan itu didakwa dilakukan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.
Lim, juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 08 2022
Saksi penting dalam perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng, Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata, sebab beliau membayar RM19 juta kepada orang tengah adalah kerana diugut akan didakwa mengikut AMLA.
Perkembangan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun
Semua jenazah nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM pagi tadi selamat tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh tepat jam 6.00 petang tadi.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23, 24 Oktober
Pendengaran rayuan Datin Rosmah Mansor terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kes rasuah di Mahkamah Rayuan ditetapkan dua hari bermula 23 Oktober.
Promoter dipenjara 10 tahun, denda RM6,000
Seorang promoter wanita dihukum penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Balik Pulau selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah air panas ke atas seorang lelaki kurang upaya (sindrom down) dalam kejadian di dalam lif sebuah pangsapuri di Bayan Lepas Jumaat lalu.
AWANI Borneo [23/04/2024] – Selamat jalan pemimpin negara | Hasil negeri | Mendiang cucu yang bertanggunggjawab
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
"Saya bayar RM19 juta kepada orang tengah kerana diugut" - Pengarah syarikat
Zarul Ahmad berkata, dia diugut akan didakwa mengikut AMLA kerana terlibat dalam projek terowong bawah laut Pulau Pinang.