KUALA LUMPUR: Segalanya sudah diatur cantik pada awalnya.
Matlamat Muafakat Nasional untuk membentuk semula kerajaan yang berteraskan Melayu Islam tanpa mengetepikan bangsa lain sudah berada pada landasannya.
Kata Tan Sri Annuar Musa, UMNO berjaya bermuafakat dengan mengetepikan hal-hal kecil dan furuk untuk menumpukan kepada agenda murni itu dengan asas yang dibina kukuh bersama.
Sokongan diberi secara 'en bloc', dasar 'No Anwar, No DAP' terus dipegang dan melawan COVID-19 menjadi teras utama.
Bagaimanapun, semuanya hanya bertahan selama enam bulan sahaja.
"Mac hingga Ogos. Pada bulan Ogos, banyak peristiwa politik berlaku, termasuk penghakiman di mahkamah terhadap tokoh tertentu dalam UMNO.
"Dan pada ketika itu juga, berlaku di belakang tabir permulaan perundingan jajaran baharu yang pada awalnya secara bersembunyi," dedahnya.
Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu menceritakan bahawa beliau mengetahui perkara tersebut kerana pada ketika itu beliau adalah Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang sedang mengendalikan pengurusan parti yang sedang bersiap sedia berdepan Pilihan Raya Negeri Sabah.
Ketika itulah, beliau sudah mula terhidu sesuatu sedang berlaku apabila jajaran asal yang dipersetujui berdasarkan keputusan parti itu mula dipinggirkan.
Ini kerana dakwanya, ada individu yang mula menggerakkan rundingan antara UMNO dengan PKR sehingga akhirnya diberi satu sokongan hitam putih untuk menukar kerajaan.
"Maka di sinilah berlaku perubahan haluan. Walhal di saat itu adalah saat yang penting kerana pada 18 Ogos kita telah menerima kesediaan Bersatu untuk menyertai Muafakat Nasional setelah pada Julai kita memanjangkan jemputan untuk mereka.
"Dan pada 19 September, sebulan kemudian, perkara itu dimeterai dalam minit mesyuarat jawatankuasa Muafakat Nasional.
"Tapi malangnya pada masa sama, bulan September itu jugalah naratif baharu sudah mula dibina, dan naratif asal ini yang baru mula hendak membenih telah ditenggelamkan," kata Annuar lanjut.
Ada juga yang mengatakan bahawa kegagalan Bersatu menyertai Muafakat Nasional adalah disebabkan ia tidak diterima baik oleh akar umbi.
Bidas Annuar, masakan boleh terjadi begitu sedangkan rundingan rasmi antara dua parti itu tidak pernah berlaku.
Jelas beliau, cakap-cakap itu muncul kemudian.
Sebelumnya, kerjasama yang terbina sangat molek sehingga UMNO menerima wakil dari parti minoriti itu sebagai Perdana Menteri.
"Saya di urusetia, saya tahu sebenarnya soal rundingan kerusi pun belum pernah berjalan antara UMNO dengan Bersatu.
Ia hanya baru berjalan antara UMNO dengan badan perhubungan negeri, kemudian UMNO dengan parti komponen (dalam BN), selepas itu UMNO dengan Pas.
"Antara UMNO dengan Bersatu, rundingan secara formal belum pun lagi berlaku. Tetapi macam mana boleh keluar cerita berebut kerusi itu ini dan sebagainya?" ujarnya.
Tonton temu bual penuh beliau dalam Agenda AWANI bersama hos Dzulfitri Yusop, di sini:
Israr Khalid
Wed Apr 07 2021
ANNUAR: Segala yang disusun cuma bertahan selama enam bulan sahaja. -Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
MyDigital ID hanya kunci digital, tidak simpan data, tak perlu risau isu keselamatan
Sistem itu sudah dibangunkan sejak 2016 dan segala kajian, teknologi dan pembangunan dilaksanakan rakyat Malaysia, malah teknologi juga adalah teknologi tempatan.
Wajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap, faham risiko guna tanah - Pakar
Kerajaan perlu mewajibkan penyediaan maklumat pelan utiliti lebih lengkap untuk tujuan pembangunan.
IPMa buka peluang untuk pelajar teroka TVET seluas-luasnya - Asyraf Wajdi
Dengan 270 institusi TVET di bawah MARA, Asyraf berkata, bidang kemahiran yang diliputi bukan meluas, malah menepati kehendak industri.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar.
Satya Nadella kongsi visi Microsoft dalam pembangunan AI bersama Agenda AWANI
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail berpeluang bertemu CEO Microsoft, Satya Nadella bagi memahami dengan lebih mendalam tentang agenda AI.
Waspada taktik Israel nafi operasi pengintipan di negara asing - Penganalisis
Malaysia perlu sentiasa berwaspada dengan taktik penafian yang digunakan Israel untuk menjalankan operasi pengintipan di negara asing.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.
'Tidak ada cara lain atasi kos sara hidup melainkan gaji dinaikkan' - Penganalisis
Tidak ada cara lain untuk atasi kos sara hidup melainkan dengan menaikkan kadar gaji.
Ibu di Palestin terpaksa beri anak makan ‘wax’ demi kelangsungan hidup
Tanpa kerelaan, namun demi meneruskan kehidupan, ada ibu yang memberi anaknya makan wax, cecair yang biasanya digunakan untuk membuang bulu roma di badan.