'Saya perlu kerja' - Reaksi Tun Mahathir selepas lawatan kerja rasmi berturut-turut

Najib Aroff
September 7, 2019 11:35 MYT
Dr Mahathir dijangka terbang ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB (UNGA) bermula 23 hingga 29 September. - Gambar fail/BERNAMA
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau perlu bekerja keras demi negara tanpa rasa penat.
Ia disebalik lawatan kerja rasmi berturut-turut beliau ke beberapa buah negara bagi menarik masuk pelaburan dan mengukuhkan hubungan dagang.
“Saya perlu bekerja, jadi saya buatlah (lawatan rasmi berturut-turut). Jika saya sudah terhegeh-hegeh (tidak larat) dan tidak boleh lakukan kerja, saya tidak buatlah.
“Ramai bertanya kepada saya bilakah ahli politik perlu bersara? Saya kata pada usia 95, saya tidak pasti boleh atau tidak,” katanya sambil tersenyum.
Sewaktu melawat Sekolah Rendah Ritsumeikan awal pagi Sabtu, Dr Mahathir turut ditanya oleh wakil sekolah jika beliau kepenatan dan mahu berehat.
Jawapan Dr Mahathir bersahaja, “Saya okay,”.

Tun Dr Mahathir Mohamad @chedetofficial tiba di hotel Four Season Kyoto. Lawatan kerja Perdana Menteri ke Kyoto bermula esok (Jumaat) @501Awani pic.twitter.com/k7te01QrRn

— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) September 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#AWANInews #AWANI745 Tun Mahathir tiba untuk lawatan tiga hari di Kyoto https://t.co/JkaT8v3XxA pic.twitter.com/tujgEQpVd9

— Astro AWANI (@501Awani) September 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekodkan Dr Mahathir memulakan lawatan rasmi ke Kemboja pada 2 September selama tiga hari sebelum terbang ke Vladivostok Rusia pada 4 September bagi menghadiri Forum Ekonomi Timur dan bertemu beberapa pemimpin termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin dan Perdana Menteri India Narendra Modi.
Beliau kemudian terbang ke Kyoto pada 5 September dan memulakan lawatan kerja selama tiga hari di bandar ini.
Dr Mahathir dijangka terbang ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung PBB (UNGA) bermula 23 hingga 29 September.
#India #Mahathir Mohamad #Najib Razak #Narendra Modi #New York #Perdana Menteri #Rusia #Vladimir Putin #Vladivostok