Barisan Nasional (BN) seharusnya meletakkan anak tempatan dan tidak meletakkan calon yang bukan berasal dari Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 18 Jun ini.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berkata, pucuk pimpinan BN juga dilihat membuat kesilapan dengan mencalonkan balu Wan Mohammad Khair-il, Datin Mastura Mohd Yazid.
"Ia merupakan satu penghinaan bagi ahli-ahli UMNO Bahagian Kuala Kangsar seterusnya pengundi Kuala Kangsar sendiri.
"Pertama, Datin Mastura bukannya warga tempatan di mana dia berasal dari Rembau dan bukannya Kuala Kangsar.
"Kedua, Datin Mastura yang baru kematian suami berada didalam keadaan edah di mana di dalam Islam dilarang keluar rumah kecuali untuk mencari rezeki.
"Jadi bagaimana UMNO boleh memilih calon yang tidak boleh keluar berkempen? " katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengumumkan Mastura sebagai calon BN bagi PRK Kuala Kangsar.
Justeru Syed Rosli menegaskan, sebagai anak jati Kuala Kangsar, sudah tiba masanya anak Kuala Kangsar sendiri dicalonkan sebagai calon Ahli Parlimen di sana.
"Perkara sama berlaku dengan calon Pas di mana bukan warga tempatan. Saya juga mengisytiharkan akan bertanding sebagai calon Bebas.
"Saya yakin memperolehi undi dari kaum Cina, atas pagar dan juga undi dari ahli-ahli UMNO yang sama tidak berpuas hati dengan calon ini," jelasnya.
Dalam pada itu ketika ditanya risiko dan amaran Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan memecatnya dari UMNO jika meneruskan hasrat menjadi calon Bebas, ini katanya;
"Bertanding bebas memanglah kena pecat, Sedia dipecat, mati pun saya sudah sedia."
Pada pilihan raya umum ke-13, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim.
PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Wan Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Astro Awani
Tue May 31 2016
Syed Rosli mengisytiharkan akan bertanding sebagai calon Bebas - Gambar fail
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Jangan eksploitasi rumah anak yatim kutip derma Ramadan
Pihak tertentu digesa tidak mengeksploitasi nama rumah anak yatim bagi tujuan mengutip derma terutamanya pada bulan Ramadan.
Najib akui usul rundingan dengan Anwar, MT UMNO perhalusi cadangan itu
Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui beliau adalah Ahli Parlimen yang mencadang rundingan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti mana yang dilaporkan beberapa media sebelum ini.
Mesyuarat MP BN: Hishammuddin, Mastura tolak cadangan sokong Anwar
Sumber memaklumkan seorang Ahli Parlimen BN mencadangkan agar Anwar diangkat jadi Perdana Menteri, selagi tiada kerjasama dengan DAP
JPM edar garis panduan khas bagi elak COVID-19 di Pusat Pemindahan Sementara
Ia sebagai panduan mengurus dan mengendalikan PPS bagi mencegah penularan COVID-19 di pusat berkenaan.
Menjelang akad nikah, Mira Filzah mohon maaf
Kenapa Mira Filzah minta maaf?
Mira Filzah kahwin Oktober ini?
Aktres jelita, Mira Filzah dan buah hatinya, Wan Emir Astar dilaporkan akan disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.
Mastura bawa semangat Allahyarham suami ketika upacara angkat sumpah
Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid membawa bersama semangat Allahyarham suaminya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad ketika mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Dewa
Perdana Menteri yakin Mastura, Budiman berkhidmat cemerlang untuk rakyat
Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Datin Mastura Mohd Yazid dan Budiman Mohd Zohdi, yang mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat hari ini, akan berkhidmat dengan cemerlang untuk rakyat.
Mastura, Budiman angkat sumpah Ahli Parlimen
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sejurus bermulanya Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Ke-13.
PRK Kuala Kangsar: Mastura mengundi di SK Raja Perempuan Muzwin
Beliau yang berpakaian jubah berwarna hitam turut beratur dan beramah mesra dengan pengundi lain di saluran tiga dan dilihat selesai mengundi jam 8.38 pagi.