Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjelaskan dirinya lebih selesa berkawan atau bekerjasama dengan parti UMNO dan PAS jika dibandingkan dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, perseteruan dan perebutan jawatan membabitkan pemimpin terbabit dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuatkan dirinya serta rakyat Malaysia sudah berasa bosan kerana diheret sama ke dalam kancah yang berlarutan selama lebih 20 tahun itu.
Sehubungan itu, beliau menjelaskan dirinya bersama beberapa Ahli Parlimen yang lain mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama Pakatan Harapan (PH) sebaliknya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tambah Azmin, tindakan terbabit juga adalah sebagai langkah untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil di mana mampu memenuhi hasrat dan keperluan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
"Soalan yang sering ditanya kepada saya, apakah saudara selesa duduk dengan Pas dan UMNO? Saya jawab mudah saja,`saya lebih yakin duduk di sebelah Pas dan UMNO daripada duduk dengan Anwar Ibrahim.
"Saya bukan kenal dia satu hari (atau) dua hari, berpuluh tahun (saya kenal), sudah-sudahlah.
"Rakyat menderita di bawah, rakyat susah di bawah, hari-hari dia (Anwar) tanya bila aku nak jadi perdana menteri.
"Yang si Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) kata tunggulah bagilah aku enam bulan lagi, (Anwar) tak (setuju), (minta) tetapkan tarikh.
"Tuan-tuan, 20 tahun kami bincang siapa nak jadi perdana menteri, cukuplah tak ada kerja lain.
"Saya ingat dua-dua ni rehat, serahkan kepimpinan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin," kata Mohamed Azmin.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Makan Malam Penggerak Komuniti Negara Kedah di Alor Setar, pada Sabtu.
Dalam perkembangan sama, Mohamed Azmin turut menyatakan keyakinan bahawa gabungan PN dan Muafakat Nasional (MN) yang dibentuk mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Pilihanraya Umum ke-15 jika ia dilaksanakan dalam masa terdekat.
Jelasnya, keyakinan itu adalah bersandarkan sokongan masyarakat berbilang bangsa ketika Pilihanraya Kecil PRK DUN Slim dan Chini selain penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama ketika proses fasa pemulihan daripada wabak COVID-19.
Abd Hadi Che Awang
Sat Sep 05 2020
Mohamed Azmin menjelaskan dia lebih selesa bekerjasama dengan parti UMNO dan PAS berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Gambar fail
AWANI Borneo [14/12/2024] – Kecewa PN mahu sertai PRN17 | Demi kekukuhan PBB | Hidrogen mesra alam
AWANI Borneo Sabtu, 14 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
1. SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
2. Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
3. Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hydrogen
Hanya 47 mangsa banjir direkodkan di Johor, Pahang
Jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 47 orang sahaja setakat 7 malam berbanding 305 mangsa tengah hari.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).