Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat pada hari perdana menteri kedua negara Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada 1976 dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan peribadi untuk dirinya.
Dr Mahathir, yang pernah berkhidmat sebagai perdana menteri, berkata beliau sudah tentu berasa amat sedih kerana beliau terhutang segala-galanya kepada Tun Razak.
Beliau mengimbas kembali pemecatannya dari UMNO dan bahawa orang yang dipecat sebelum beliau tidak pernah kembali kepada parti. Karier politik mereka rosak.
"Tetapi beliau bukan sahaja membenarkan saya kembali kepada UMNO tetapi kemudian melantik saya sebagai menteri penuh. Saya digambarkan sebagai anak emas Tun," kata Dr Mahathir menerusi catatan dalam blognya.
Beliau memuji Tun Razak kerana memisahkan diri daripada tali ikatan Komanwel British, dan melawat Rusia dan ketika angin perubahan bertiup kencang.
Dr Mahathir berkata beliau tidak tahan berasa sedih tatkala menonton rancangan dokumentari TV mengenai kehidupan dan zaman Tun Razak yang menjadi perdana menteri dari 1970 hingga 1976. Tun Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London ketika berusia 53 tahun.
"Itulah zaman yang gemilang. Pemimpin pada masa itu berdedikasi, cenderung untuk membangunkan negara dan menangani jurang perbezaan dalam masyarakat Malaysia. Tun Razak adalah orang yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru," kata beliau.
Dr Mahathir berkata sebagai seorang doktor, beliau perhatikan bahawa pada awal lagi kesihatan Tun Razak semakin merosot.
"Pada satu majlis di bangunan Parlimen sebelum beliau berlepas ke United Kingdom, beliau menarik saya ke sebelah dan memberitahu saya bahawa beliau menghidap leukemia. Dia memberitahu saya untuk bercakap dengan doktornya, Dr Macpherson.
"Saya berbuat demikian, dan tahu bahawa tempoh keredaan sementara penyakit atau kesakitan akan menjadi pendek dan lebih pendek. Saya tetap terkejut apabila mendengar beliau telah meninggal dunia. Malaysia benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang hebat," kata beliau.
Dr Mahathir berkata Tun Razak mungkin dapat melakukan perbezaan sebenar terhadap masa depan negara yang diperjuangkannya selama ini.
"Bagi saya kehilangannya adalah peribadi. Tun Hussein (Onn) yang menggantikan beliau tidak pernah rapat dengan saya dan saya fikir ini adalah akhir karier saya.
"Tetapi tidak. Tidak, kerana Tun Razak telah bercakap sesuatu yang baik bagi saya kepada Tun Hussein," kata beliau.
Bernama
Mon Jan 18 2016
MAHATHIR: Beliau (Tun Razak) bukan sahaja membenarkan saya kembali kepada UMNO tetapi kemudian melantik saya sebagai menteri penuh. -Gambar fail
Pukul warga emas, polis tahan pemilik, pembantu rumah kebajikan
Beliau berkata siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang nyanyuk dikatakan sering mendatangkan masalah.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
CEO Microsoft Satya Nadella dijadual lawat Malaysia pada 2 Mei
Lawatan ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.