Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak mendapat makluman rasmi daripada UMNO berhubung pemecatannya hari ini.
Beliau berkata, beberapa rakannya sudah menerima surat tunjuk sebab dan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin.
Bagaimanapun, katanya beliau serta Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal yang memegang jawatan tinggi dalam UMNO tidak diberitahu apa-apa mengenai perkara itu.
"Saya memegang jawatan Ketua Bahagian UMNO Jerlun, jadi saya rasa proses ini seperti tidak betul sikit.. Saya hanya tahu menerusi telefon, daripada saluran berita mengenai pemecatan ini.
"Bila tahu perkara ini, ia tidak terlalu mengejutkan. Saya sudah menjangkakan (pemecatan) ini sebab ada mesyuarat Majlis tertinggi," katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di kediamannya pada Jumaat.
Turut hadir, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagaimanapun, Muhyiddin tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung pemecatannya.
Sementara itu, apabila ditanya apakah perancangan Mukhriz selepas ini, katanya, beliau akan berbincang bersama rakan lain bagi menentukan langkah seterusnya yang perlu diambil.
Bagaimanapun, tambahnya lagi, perjuangan yang dipelopori UMNO selama ini akan terus dipertahankan dalam apa pentas sekalipun.
Pada 3 Februari lalu, Mukhriz mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta.
Status kedudukan Mukhriz dalam UMNO mula menjadi tanda tanya sejak Mac lalu, berikutan penglibatan mereka dengan 'Deklarasi Rakyat' bersama beberapa pemimpin yang Mac lalu.
Mukhriz merupakan antara 18 individu yang berucap dalam majlis yang dianjurkan oleh kumpulan yang menuntut Najib meletakkan jawatan.
Mariah Ahmad
Fri Jun 24 2016
MUKHRIZ: Saya rasa proses ini seperti tidak betul sikit. - Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Berang dipecat, bekas pekerja bakar pejabat
Suspek mengakui bahawa dia sakit hati selepas dipecat dari pejabat itu oleh pihak pengurusan.
Ancelotti berisiko dipecat
Tekanan semakin meningkat ke atas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti susulan kekalahan 1-3 kepada AC Milan dalam aksi Liga Juara-Juara.
Timbalan Presiden Kenya dipecat ketika dirawat di hospital
Rigathi Gachagua dipecat walaupun beliau gagal memberi keterangan pada perbicaraan.
Enam bekas MP Bersatu yakin kerusi tidak akan dikosongkan
Enam ahli Parlimen Bersatu yang dilucutkan keahlian kerana menyokong Perdana Menteri yakin kerusi Parlimen yang disandang mereka tidak akan dikosongkan.
EPL: Rio Ferdinand percaya Ten Hag akan dipecat
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, percaya pengurus kelab itu Erik Ten Hag bakal meninggalkan Old Trafford.
Republik Korea ambil keputusan lepaskan khidmat Jurgen Klinsmann
Ketua jurulatih Republik Korea, Jurgen Klinsmann, telah dipecat selepas hanya bersama pasukan selama 12 bulan.
Gagal di Qatar, jurulatih Oman dipecat
Ivankovic menjadi mangsa pertama apabila dipecat sebagai jurulatih Oman susulan aksi kurang memberangsangkan dalam saingan Piala Asia.
The Guardian pecat kartunis senior kerana karikatur Netanyahu
The Guardian yang telah menerbitkan ribuan karikatur satira pemimpin dunia dilapor enggan menyiarkan karikatur Netanyahu tersebut.
Sepanyol pecat ketua jurulatih Piala Dunia Wanita
Vilda merupakan satu-satunya anggota kejurulatihan pasukan kebangsaan wanita itu yang tidak meletak jawatan.
Teong Kim tuntut Perak FC lunaskan baki kontrak 16 bulan gaji
Selepas hampir sebulan dipecat dan berdiam diri, bekas pengendali Perak FC Datuk Lim Teong Kim tampil menuntut haknya, serta menggesa baki bayaran gaji selama 16 bulan dilunaskan.