Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan beliau tidak tahu apa yang dibincangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene pada Ahad.

Katanya, pertemuan itu berlangsung secara tertutup antara mereka berdua sahaja.

"Setengah jam pertama Tuanku bersama Tan Sri Muhyiddin di bilik bacaan.

"Pertemuan lebih kepada kunjungan hormat Tan Sri Muhyiddin kepada Tuanku untuk menjunjung kasih sepanjang dia (Muhyiddin) berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri," jelas Khaled.

Khaled ditemui semasa ditemui selepas merasmikan program Pembangunan Keusahawanan Belia Wilayah Iskandar Malaysia di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor.

Muhyiddin
Kredit Foto Instagram Mohamed Khaled Nordin

Pada Ahad, Muhyiddin bersama isterinya Puan Seri Norainee Abdul Rahman mengadap Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Turut berangkat pada pertemuan selama sejam itu ialah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.