Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menjelaskan perakuan bersumpah (SD) UMNO Melaka sudah lengkap dan akan dipersembahkan kepada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob dalam masa terdekat.
Jelasnya, dengan jumlah SD itu beliau yakin UMNO boleh menubuhkan kerajaan di negeri itu.
"Tunggu dan lihat, yang pastinya kita tidak mahu seperti negeri lain yang telah berubah kepada pemerintahan kerajaan perikatan nasional.
"Perakuan Bersumpah (SD) UMNO ketika ini sudah lengkap menunggu masa yang sesuai," jelas Ab Rauf.
Mengulas berkenaan kerjasama di antara UMNO dan parti lain sepertimana yang dilaksanakan di peringkat pusat, ujar Ab Rauf, UMNO Melaka sentiasa membuka pintu kerjasama bagi mentadbir negeri tersebut.
BACA: Dilabel pengkhianat, Idris Haron tetap bersama UMNO
Ditanya sama ada terdapat nama calon Ketua Menteri Melaka yang baharu turut dibincangkan di dalam mesyuarat itu, Ab Rauf berkata kesemua 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) semenangnya layak bagi jawatan itu.
Bagaimanapun, beliau akan bertemu bersama pucuk pimpinan pusat bagi menentukan calon yang terbaik untuk diangkat sebagai Ketua Menteri jika perubahan pemerintahan negeri itu berlaku.
Dalam sidang media yang sama, Ab Rauf turut menyangkal kenyataan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari yang mengatakan bahawa pentadbiran negeri itu status quo di bawah Pakatan Harapan.
"Saya mengatakan Ketua Menteri sekarang (Adly Zahari) umpama badan berjasad tetapi tiada roh.
"Dia kata dia kuat tapi rohnya hilang. Saya menyangkal sepenuhnya, buktikan juga kalau dia ada SD yang kuat untuk teruskan pentadbiran Pakatan Harapan," jelas Ab Rauf
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di kediamannya di Masjid Tanah pada Jumaat malam.
Hadir sama dalam mesyuarat itu, ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Ir Idris Haron serta semua peringkat pimpinan UMNO negeri.
Fareez Azman
Fri Feb 28 2020
AB RAUF: Tunggu dan lihat, kita pastinya siapa tidak mahu seperti negeri lain yang telah berubah kepada pemerintahan kerajaan perikatan nasional. - Foto Astro AWANI/Fareez Azman
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.
PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.
Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.
Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.
Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif
Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien.
Lawatan PVM bukti kebajikan veteran dalam perhatian kerajaan - Adly
Lawatan itu bukan hanya untuk melihat perkembangan veteran ATM tetapi juga memastikan skim bantuan yang disediakan disalurkan dengan efektif.
Masyarakat diseru bantu veteran ATM daftar dengan JHEV
Kelebihan pendaftaran itu membolehkan golongan berkenaan menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan secara lebih efektif.
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.