Malaysia yang menjadi tuan rumah Mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (SEA-PAC) berharap pertemuan tahunan kali ini akan memperkukuh kerjasama di kalangan negara anggota bagi memerangi jenayah rasuah merentasi sempadan dengan lebih berkesan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pengukuhan inisiatif kerjasama memerangi rasuah di rantau Asia Tenggara merupakan misi berterusan suruhanjaya itu yang menjadi tuan rumah Mesyuarat Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (SEA-PAC) Kali Ke-10.
Sehubungan itu, katanya, SPRM berharap negara-negara anggota SEA-PAC akan memanfaatkan peluang berkongsi idea yang akan menyentuh pengalaman terkini memerangi rasuah.
"Kerjasama multilateral ini seiring dengan Artikel 48 Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Berkenaan Pencegahan Rasuah (UNCAC)," kata beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini sempena Mesyuarat SEA-PAC Kali Ke-10.
Artikel tersebut menyatakan bahawa “negara anggota seharusnya bekerjasama rapat dengan satu sama lain, selari dengan sistem perundangan dan pentadiran negara masing-masing bagi meningkatkan keberkesanan tindakan penguatkuasaan undang-undang untuk memerangi kesalahan di bawah UNCAC.
"Malah, kerjasama ini turut diiktiraf oleh Pejabat PBB Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) sebagai salah satu daripada 23 kejayaan dan amalan baik SPRM," kata beliau lagi.
UNODC mengeluarkan laporan pengiktirafan itu pada Mei 2013.
Mesyuarat SEA-PAC Kali Ke-10, menurut Mohd Shukri, yang juga pengerusi jawatankuasa induk penganjuran, akan mengadakan perbincangan mengenai beberapa perkara seperti siasatan dan pencegahan rasuah di sektor swasta, kepimpinan berintegriti dan urus tadbir baik di kalangan komuniti bisnes.
Mesyuarat SEA-PAC Kali Ke-10 akan berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur selama tiga hari mulai esok.
Selain SPRM, mesyuarat kali ini disertai oleh Biro Mencegah Rasuah Brunei Darussalam, Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia, Biro Penyiasatan Amalan Rasuah Singapura, Unit Pencegahan Rasuah Kemboja, Pejabat Ombudsman Filipina, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan Thailand dan Inspektorat Kerajaan Vietnam. Turut hadir Pihak Pemeriksa Negara Laos dan Biro Siasatan Khas Myanmar.
Myanmar merupakan negara terakhir menyertai SEA-PAC, sekali gus melengkapkan keanggotaan kesemua negara ASEAN dalam SEA-PAC.
SPRM menjadi tuan rumah mesyuarat sulung pada tahun 2005.
Semasa mesyuarat tiga hari ini, kata Mohd Shukri, pembentangan akan dibuat oleh Pengarah, Pengerusi, Presiden, Pesuruhjaya, Ombudsman dan Pegawai Undang-Undang negara-negara anggota SEA-PAC.
Bagi SPRM, jelas beliau, antara pencapaian yang akan dibentangkan pada Mesyuarat SEA-PAC Kali Ke-10 ialah mekanisme penubuhan Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (CIG) di peringkat Persekutuan, Negeri dan Kerajaan Tempatan di bawah pemantauan SPRM dan Jabatan Perdana Menteri serta penubuhan Unit Integriti untuk memerangi rasuah di agensi kerajaan dan GLC.
Dalam mempromosikan SEA-PAC di peringkat antarabangsa, portal SEA-PAC yang telah dibangunkan dan diselia oleh SPRM akan dilancarkan pada hari pertama mesyuarat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Paul Low Seng Kuan akan menyampaikan ucapan pembukaan.
Media Statement
Sun Nov 30 2014
SEA-PAC bincang strategi kukuh misi antirasuah serantau
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.