Sebanyak 57,519 kes keganasan terhadap wanita dilaporkan sejak 2010 hingga Mac 2017 berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Chew Mei Fun berkata jumlah tersebut merangkumi bilangan kes keganasan rumah tangga dan kes-kes jenayah di bawah Kanun Keseksaan yang melibatkan wanita sebagai mangsa seperti kes mencabul kehormatan, sumbang mahram, rogol dan kesalahan luar tabii.
"Sebanyak 23,212 kes (40 peratus) merupakan kes keganasan rumah tangga yang melibatkan wanita sebagai mangsa.
"Bagi kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tempoh 2010 hingga 2016 pula adalah sebanyak 28,365 kes," katanya menjawab soalan Senator Engku Naimah Engku Taib tentang bilangan kes keganasan terhadap wanita dan penderaan serta pengabaian kanak-kanak bagi tahun 2010 hingga 2017.
Engku Naimah juga ingin mengetahui sejauh mana keberkesanan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) pindaan 2012 dalam membendung kejadian keganasan terhadap wanita dan penderaan kanak-kanak.
Chew berkata kerajaan telah membuat pindaan pertama ke atas Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 pada 21 Dis 2015 dan dikuatkuasakan pada 20 Feb 2013 bagi memperluaskan takrifan keganasan rumah tangga dari bentuk fizikal meliputi penderaan emosi, mental dan psikologi, penggunaan bahan yang memabukkan serta bahan yang menyebabkan delusi kepada mangsa termasuk mangsa kanak-kanak.
Menurutnya selepas pindaan akta tersebut dibuat, semua pegawai yang terlibat dalam pengendalian kes keganasan rumah tangga telah diberi 14 sesi taklimat yang diadakan di seluruh negara.
"Taklimat itu merupakan program advokasi yang antara lain bertujuan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan tentang kaedah pengendalian kes termasuk mangsa keganasan rumah tangga kepada pegawai berkaitan dan menyebarluas peranan dan tanggungjawab agensi berkaitan yang mengendalikan kes tersebut.
"Pindaan yang dibuat ke atas Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 pada 2012, kementerian kami dengan kerjasama sembilan agensi telah membangunkan Garis Panduan Pengendalian Kes Keganasan Rumah Tangga yang menyatakan peranan dan tanggungjawab agensi tersebut," katanya.
Chew berkata Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) yang diwujudkan bagi memberi perlindungan undang-undang kepada mangsa keganasan rumah tangga tidak hanya terhad kepada isteri malah turut merangkumi suami, bekas suami atau isteri, kanak-kanak dan orang dewasa tidak berkeupayaan dan anggota keluarga yang lain.
Beliau berkata statistik PDRM menunjukkan jumlah kes yang dilaporkan saban tahun meningkat sebanyak 66 peratus iaitu 3,488 kes pada tahun 2013 kepada 5,796 kes pada tahun 2016.
"Peningkatan jumlah kes yang dilaporkan salah satu indikator yang menunjukkan masyarakat secara umum mengetahui dan mempraktikkan hak mereka seperti yang digariskan di bawah akta ini.
"Hal ini juga membuktikan tahap kesedaran masyarakat terhadap kesalahan keganasan rumah tangga turut meningkat," katanya.
Chew berkata dalam usaha memantapkan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994, kementerian turut mencadangkan akta tersebut dipinda bagi menambah baik akta sedia ada serta kekal relevan dengan situasi semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2017
Sebanyak 23,212 kes (40 peratus) merupakan kes keganasan rumah tangga yang melibatkan wanita sebagai mangsa. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis tahan lelaki disyaki cabul kakak ipar di rumah mentua
Suspek dilaporkan masuk ke dalam bilik mangsa lalu mencabulnya sebelum keluar dari rumah dengan menunggang motosikal.
Pegawai kanan, 6 anggota polis ditahan berkaitan kes pemerasan, cabul
Seorang pegawai kanan polis bersama enam anggota ditahan bagi siasatan berkaitan kes pemerasan dan cabul melibatkan seorang wanita.
Polis tahan pegawai tentera kerana cabul kakitangan bawahan
Seorang pegawai tentera ditahan kerana disyaki mencabul kakitangan bawahannya sebanyak beberapa kali di sebuah premis kerajaan di Kok Lanas, Kota Bharu.
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Doktor ditahan dipercayai terbabit kes cabul remaja perempuan
Mangsa mengatakan telah diganggu secara seksual oleh seorang lelaki dipercayai doktor semasa mendapatkan rawatan di hospital.
Kerana wang, ibu muda sanggup rakam adegan tidak senonoh dengan anak
Insiden itu turut disahkan pihak berkuasa setelah suspek menyerahkan diri kepada polis.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara meraba dan memegang bahagian kemaluan mangsa di hadapan kelas sebuah sekolah rendah.
Pemuda disyaki cabul pelancong Sepanyol ditahan
Suspek telah direman lima hari sehingga hari ini bagi melengkapkan kertas siasatan.
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.