KUALA BERANG: Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada golongan lelaki, kata Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman.
Beliau berkata sehingga Disember 2020, seramai 125,878 pesakit HIV/AIDS telah berdaftar di seluruh negara untuk mendapatkan penjagaan dan rawatan dengan pihaknya.
Dr Anita berkata lelaki menjadi penyumbang terbesar daripada jumlah itu akibat penggunaan jarum untuk suntikan bagi penagihan dadah dan amalan seks tidak selamat terutama melibatkan golongan homoseksual.
"Data terkumpul dari 1986 hingga 2020 menunjukkan bilangan kes HIV/AIDS melibatkan golongan perempuan dan kanak-kanak adalah rendah iaitu 14,213 orang berbanding lelaki.
"Sebanyak 60 peratus penghidap HIV/AIDS pula terdiri daripada golongan muda berusia antara 29 hingga 39 tahun," katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya Rumah Baitul Cakna di Kampung Pelandan hari ini.
Turut hadir Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong.
Dr Anita berkata pihaknya juga menganggarkan jumlah sebenar penghidap HIV dan AIDS di Malaysia adalah jauh lebih besar daripada angka yang direkodkan kerana masih ramai pesakit malu untuk tampil mendapatkan rawatan berikutan persepsi negatif masyarakat.
"Stigma masyarakat terhadap pesakit HIV dan AIDS masih tebal walaupun pada hakikatnya, penyakit ini sudah tidak berbahaya dan menyebabkan jangkitan dalam masyarakat.
"Stigma ini perlu segera dikikis kerana dengan kaedah perawatan moden pada hari ini, penyakit ini bukan lagi ancaman utama malah jika diikutkan, penyakit kencing manis lebih memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti berbanding pesakit HIV/AIDS," katanya
Beliau juga berkata punca dan corak jangkitan HIV/AIDS didapati telah berubah dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini apabila amalan seks tidak selamat menjadi faktor utama penularan berbanding penggunaan jarum suntikan.
"Boleh dikatakan 95 peratus kes yang dikesan setiap tahun berpunca daripada amalan seks tidak selamat terutama dalam kalangan golongan homoseksual manakala hanya tiga peratus melibatkan penggunaan jarum suntikan dan dua peratus lagi adalah jangkitan daripada ibu kepada anak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 22 2022
Dr Anita berkata lelaki menjadi penyumbang terbesar daripada jumlah itu akibat penggunaan jarum untuk suntikan bagi penagihan dadah dan amalan seks tidak selamat terutama melibatkan golongan homoseksual. - Bernama
Kerja ganti paip lama di Seluruh Sarawak bermula tahun ini
Sarawak akan memulakan kerja-kerja penggantian saluran paip lama sepanjang 2,740 kilometer di seluruh negeri itu bermula tahun ini.
Julaihi beri jaminan bekalan air di Sarawak pada Hari Raya mencukupi
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mengingatkan orang ramai supaya elakkan pembaziran meskipun bekalan air ketika Hari Raya nanti dijamin mencukupi.
90 peratus kawasan terlibat kebakaran hutan berjaya dipadamkan
Operasi pemadaman kebakaran hutan di Kuala Baram sejak seminggu lalu berjaya dengan 90 peratus api dikawasan terjejas berjaya dipadamkan.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Teknologi rawatan HIV kini bantu pesakit hidup normal - MAC
Teknologi rawatan HIV ketika ini telah menyaksikan kemajuan yang sangat baik dalam usaha membantuk penghidap HIV atau PLHIV hidup dengan sihat.
14 kanak-kanak di India dijangkiti HIV, Hepatitis selepas transfusi darah
Seramai 14 kanak-kanak dijangkiti HIV serta Hepatitis B dan C selepas melakukan pemindahan darah di sebuah hospital kerajaan.
Rawatan PrEP perlu dilihat dengan lebih meluas
Apa yang penting adalah bidang perubatan bertujuan merawat sesiapa sahaja dan bukannya menghukum.
Jangkitan baharu HIV menurun 70 peratus dalam tempoh 20 tahun - KKM
Rawatan ubat antiretroviral kepada orang yang hidup dengan HIV telah dipertingkatkan kepada 66 peratus pada tahun lepas.
Hapuskan ketidaksamaan untuk lenyapkan AIDS -Dr Adeeba
Stigma dan diskriminasi menjadi penghalang yang tidak diperlukan kepada perkhidmatan rawatan, pencegahan dan penjagaan HIV.
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS adalah lelaki
Sebanyak 90 peratus penghidap HIV/AIDS di negara ini adalah terdiri daripada golongan lelaki, kata Ketua Sektor HIV/AIDS dan Hepatitis C Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman.
MAF komited tangani peningkatan kes HIV, AIDS - Dr Adeeba
Sebelum ini MAF alami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan banyak pihak yang terlibat membantu memerangi COVID-19.
LGBT bertentangan dengan budaya Malaysia, undang-undang negara - Idris
Di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, adalah menjadi satu kesalahan bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan fitrah.
Penemu virus HIV, Luc Montagnier meninggal dunia
Berita pemergiannya itu disahkan pegawai kerajaan Perancis yang menyatakan Montagnier meninggal dunia pada Selasa.