KOTA BHARU: Biar apa sekalipun gelaran atau tuduhan dilemparkan pemimpin UMNO, Pas sudah lali dan menerimanya, tegas Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Dalam masa sama, Pas, jelas beliau, mengajak UMNO untuk bertarung di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
"Sebelum ini banyak lagi jahaman dia kata pada kita (Pas)… kalau tiga itu tak banyak lah, tak apalah lah, see u in General Election 15 (GE15)," itu reaksi Takiyuddin Hassan sebagai menjawab soalan media sama ada Pas tersinggung dengan gelaran yang diberikan oleh Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Datuk Zawawi Othman.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menegaskan, sebelum ini sudah banyak kali UMNO melemparkan perkataan tiga jahanam kepada pimpinan Pas.
"Sebelum ini banyak lagi jahanam dia kata pada kita, kali ini tiga, kalau tiga itu tak banyak lah" katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas program Keluarga Malaysia peringkat Parlimen Kota Bharu di sini, petang tadi.
Zawawi dalam ucapan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini menggelar tiga pemimpin Pas sebagai tiga jahanam.
Pemimpin yang dimaksudkan Zawawi itu ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Ketiga-tiga individu berkenaan dakwa Zawawi, sebagai bermulut jahat menyebabkan UMNO tidak boleh mengadakan kerjasama selagi individu berkenaan berada dalam Pas.
Dalam perkembangan berkaitan, Pas kata Takiyuddin, tetap komited untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN) selain mempertahankan Perikatan Nasional (PN).
"Pas jelas masih konsisten penyatuan ummah dengan memperkasakan MN dan mempertahankan PN… kedua duanya penting untuk penyatuan ummah, tak kiralah orang kata apa," tegas beliau.
Penjelasan itu sebagai menjawab pertanyaan isu MN yang tidak dibangkitkan dan tiada ketetapan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari.
Hubungan Pas dan UMNO kini ibarat retak menanti belah, namun tiada hala tuju jelas hayat MN antara kedua-dua parti itu.
Wana Abd Rahman
Sun Mar 27 2022
Sebelum ini, Pas sudah sering dilemparkan pelbagai tuduhan, tegas Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan. - Gambar fail BERNAMA
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"See you in GE15..." - Takiyuddin cabar pemimpin UMNO
Sebelum ini, Pas sudah sering dilemparkan pelbagai tuduhan, tegas Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan.
Label tiga pemimpin Pas 'jahanam' keterlaluan - Tuan Ibrahim
Dakwaan yang jelas mengaitkan tiga pemimpin termasuk presiden parti itu juga adalah keterlaluan, kata Tuan Ibrahim.