PARIS:Selepas beberapa hari dikenakan perintah sekatan akibat peningkatan kes COVID-19 yang mendadak, rakyat Perancis kembali menjalani hidup seperti biasa.

Kebanyakan yang sebelum ini terpaksa kekal berada di rumah memilih untuk ke pusat beli-belah dan kembali berkumpul antara satu sama lain.

Pada hari pertama kelonggaran perintah sekatan, pusat beli-belah ikonik di Paris, Galeries Lafayette menjadi tempat tarikan orang ramai.

Ia dilaporkan mencatat kerugian sehingga berbilion euro pada 2020 akibat daripada penutupan dalam tempoh jangka panjang.

Terdahulu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengumumkan kelonggaran sekatan di beberapa kawasan di negara itu selepas kadar jangkitan dilihat berkurangan.