PUTRAJAYA: Satu sekretariat tetap yang diterajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Kementerian Ekonomi, akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan kos sara hidup rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata sekretariat itu ditubuhkan kerana KPDN tidak boleh bekerja secara bersendirian untuk membawa aspirasi besar mengenai kos sara hidup.
Beliau berkata sekretariat yang akan diketuai oleh ketua setiausaha dua kementerian itu serta dianggotai pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), akan mengemukakan pelan yang komprehensif dalam menggarap persoalan kos sara hidup.
"Kita bersetuju mewujudkan sekretariat tetap dua kementerian ini, yang akan pada bila-bila masa boleh mengadakan mesyuarat, pertemuan, libat urus, seminar, bengkel dan seumpamanya supaya kita dapat bergerak ke hadapan dengan lebih efisien," katanya kepada pemberita selepas menerima sumbangan makanan asas daripada Syarikat Tamin Sdn Bhd di kementeriannya di sini hari ini.
Sebelum itu, Salahuddin mengadakan mesyuarat selama dua jam bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang turut dihadiri pegawai DOSM dan EPU.
Menyifatkan mesyuarat itu membuahkan hasil, Salahuddin berkata banyak perkara dibincangkan antaranya tentang pelaksanaan program jangka pendek dan panjang berkaitan kos sara hidup yang harus ditangani kedua-dua kementerian itu.
Seterusnya, beliau bercadang mengadakan libat urus dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan serta kementerian-kementerian lain yang menganggotai Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
Ditanya mengenai situasi bekalan makanan dalam negara, Salahuddin berkata maklum balas yang diterima daripada MAFS menunjukkan bekalan makanan setakat ini, sehingga perayaan Krismas mencukupi.
"KPDN akan terus pantau kestabilan barangan di pasaran seterusnya memantau skim harga kawalan perayaan Krismas yang dilancarkan baru-baru ini," katanya.
Mengenai sumbangan barangan makanan asas yang diterima hari ini, beliau berkata barangan itu akan diselaraskan Sekretariat Food Bank Malaysia di bawah kelolaan KPDN untuk diedar kepada mangsa banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
Salahuddin berkata sekretariat itu ditubuhkan kerana KPDN tidak boleh bekerja secara bersendirian untuk membawa aspirasi besar mengenai kos sara hidup. - Bernama
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Banjir Dubai: Lapangan Terbang Antarabangsa 'lumpuh' 25 minit, 45 penerbangan dibatalkan
Ribut luar biasa menyebabkan operasi di DXB tergendala selama 25 minit dengan 21 penerbangan keluar dan 24 penerbangan masuk dibatalkan.