Sekurang-kurangnya 21 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17 akan dibawa balik dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 21 Ogos dan dijangka tiba di tanah air pada 22 Ogos.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong, dalam satu kenyataan, berkata jumlah jenazah yang bakal di bawa pulang melebihi jumlah sebelum ini iaitu 16.
Lapan belas mayat diletakkan dalam keranda sementara baki tiga mayat telah menjalani upacara pembakaran dan abunya diletakkan dalam bekas abu.
Kerajaan Belanda juga memberitahu Kedutaan Malaysia di Belanda dan Malaysia Airlines yang dua lagi mayat mangsa Malaysia telah dikenal pasti pada hari ini.
"Kami akan berusaha lebih dan kini dalam proses membawa lagi jenazah pulang ke Malaysia. Kami sedang bekerja keras untuk mendapatkan lampu hijau untuk satu lagi jenazah untuk dimasukkan ke dalam penerbangan pertama itu.
"Kami memahami prosedur dan peraturan-peraturan di Belanda amat ketat dan kita perlu menghormati itu.
Kami berharap proses dokumentasi bagi pengendalian mangsa-mangsa warga Malaysia yang lain dapat berjalan dengan lancar," kata Wee.
Tambah Wee, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi membincangkan isu dokumentasi dan juga urusan lain yang berkaitan dengan mangsa.
Mengenai perjalanan dari rumah jenazah ke lapangan terbang pada 21 Ogos, Wee berkata proses itu akan dilakukan secara sederhana.
"Jenazah akan dihantar ke lapangan terbang dari rumah pengebumian dan berlepas ke Malaysia pada tengah hari melalui penerbangan khas.
"Ahli keluarga mangsa akan berlepas dalam penerbangan yang lebih awal dan tiba di Kuala Lumpur kira-kira dua jam sebelum ketibaan jenazah. Ini adalah untuk membolehkan mereka menerima jenazah di lapangan terbang," katanya.
Astro Awani
Sun Aug 17 2014
Dua lagi mayat mangsa Malaysia telah dikenal pasti pada hari ini. -Gambar fail
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Hussein menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif dikebumi di Christchurch esok
Jenazah Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Bromley, Christchurch petang esok.
Lemas di kolam tentera: Nor Amar Mukhlis hasrat pulang ke kampung
Bapa Allahyarham berkata mengikut perancangan mereka sekeluarga bertolak ke kampung petang semalam selepas permohonan cutinya diluluskan.
Jenazah warga emas dibunuh selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru Kerteh, Kemaman.
Jenazah kelapan tragedi kepala air dikebumikan di Gambang, malam Rabu
Jenazah mangsa kelapan tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, telah dihantar pulang ke Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan pada jam 8.10 malam ini.
Tragedi kepala air: Jenazah tujuh sekeluarga selamat dikebumikan
Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lebar Hilir 3.
[Laporan Khas] Jangan seksa jenazah eksport dan import
Apa yang dituntut dalam Islam adalah untuk melaksanakan seberapa segera yang mungkin dalam pengurusan jenazah.
Jenazah Awang Askandar selamat tiba di Everest Base Camp
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, selamat tiba di Everest Base Camp pada jam 9.50 pagi waktu Nepal hari ini.
Tanah runtuh Batang Kali: Jenazah Allahyarham Nurul Azwani dikebumi di Gombak
Allahyarham Nurul Azwani antara enam mangsa terkorban yang telah dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi meninggal dunia di Jerman
Allahyarham berada di Jerman atas urusan kerja sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Kain kafan terjulur keluar akibat tanah runtuh
Benteng penahan TPU di kawasan itu runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.