Selain DAP dari Pakatan Rakyat, MCA - salah satu parti komponen Barisan Nasional - turut menyelar kenyataan yang dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dari UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa pengguna Melayu supaya memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan partinya kecewa dengan kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dan menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim segera melakukan siasatan terhadap Ismail Sabri.
"Ismail Sabri menuduh MCA dan DAP dalam diam-diam bekerja bersama-sama adalah tidak masuk akal.
"MCA hanya melaksanakan tanggungjawab kita dalam membela masyarakat Cina selepas beliau (Ismail Sabri) menuduh ahli perniagaan Cina," katanya.
MCA kata Tiong Lai menyokong penuh sebarang tindakan yang diambil terhadap peniaga, tanpa mengira bangsa, yang menaikkan harga sesuka hati.
"Tetapi kita tidak akan membiarkan mana-mana tuduhan yang ditujukan kepada kaum tertentu," katanya lagi.
Sementara itu, seorang ahli parlimen DAP menyifatkan kenyataan Ismail Sabri menimbulkan perasaan benci dan dengki dalam kalangan orang Melayu terhadap bukan sahaja peniaga tetapi juga masyarakat Cina secara umum.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming perkara tersebut dapat dibuktikan menerusi komen pengguna Melayu di laman Facebook yang menunjukkan kebencian jelas dan secara terbuka kepada kaum Cina.
"Ada komen yang menyifatkan golongan peniaga Cina sebagai lintah darat dan menyeru orang Melayu isytihar perang terhadap golongan ini. Ada komen yang menggambarkan orang Cina menghina orang Melayu.
"Ada komen yang mengatakan bahawa orang Cina adalah bangsat. Ada komen yang menggunakan contoh ini sebagai 'bukti' bahawa orang Melayu sedang ditindas oleh orang Cina," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan kenyataan Ismail Sabri tidak berasas dan tidak bertanggungjawab tanpa menekankan punca peniaga, tidak kira kaum, masih tidak menurunkan harga walaupun harga minyak sudah turun.
"Harga minyak adalah sebahagian kecil daripada kos barangan. Walaupun harga minyak sudah turun, tetapi gaji pekerja tidak diturunkan, harga elektrik tidak diturunkan, harga tong gas tidak diturunkan, harga kereta tidak diturunkan, sebagai beberapa contoh sahaja. Oleh kerana kesusutan nilai mata wang ringgit, harga barang import bukan sahaja tidak turun tetapi naik.
"Artikel 3 (1) (e) Akta Hasutan 1948 menyatakan sesuatu ‘kecenderungan menghasut’ ialah kecenderungan bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia,” katanya.
Kian Ming menyeru agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan Ismail memohon maaf atas kenyataannya itu dan menarik balik tuduhan tidak berasas terhadap peniaga Cina.
"Jika perdana menteri gagal berbuat demikian, lebih baik slogan 1Malaysia dicampak ke dalam tong sampah," katanya.
Ismail Sabri dalam satu kenyataan di Facebooknya menggesa orang Melayu agar memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barang.
Astro Awani
Tue Feb 03 2015
TIONG LAI: Selain DAP, MCA juga kecam kenyataan Ismail Sabri. - Gambar Fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.