Rihanna kembali aktif di Instagram selepas enam bulan akaunnya dibekukan.

Peminat turut meraikan kemunculan semula bintang pop itu menerusi #rihjoice.

Ironinya, Instagram sendiri memuat naik status selamat kembali buat Rihanna melalui laman Instagram dan Twitter.

Akaun Rihanna atas nama @badgalriri dibekukan oleh Instagram Mei lepas kerana kerap memuat naik gambar separuh bogel dan tanpa seurat benang.

Ia bertentangan dengan polisi Instagram yang tidak membenarkan gambar separuh bogel dimuat naik.

Menariknya, pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom memuat naik status di Twitter buat pertama kali selepas dua tahun, hanya untuk meraikan kepulangan Rihanna.


Rihanna kembali dengan berkongsi gambar 'selfie' secara terbalik dengan caption "hellurr".

Malah post gambar sebelum akaun itu dibekukan dan pengikutnya seramai hampir 13 juta juga dikekalkan.

Bagaimanapun gambar bogel yang dimuat naik sebelum ini sehingga menyebabkan akaunnya dibekukan tiada dalam akaun.

Bintang berusia 26 tahun itu turut memuat naik ilustrasi dirinya sedang berpegangan tangan dengan Instagram.


rihanna

rihanna